Pulau Besar is one of the hidden gem.. silalah bercuti ke sana. Actually selepas dah habis PKP, we were excited la bila tengok ramai yang up gambar holiday. Mostly, ke pantai Terengganu. Kalau dah ramai yang bercuti, memang mostly tempat-tempat holiday tu, dah sold out ya. Memandangkan dah lama tak keluar rumah, excited la memasing nak tukar angin. Niat tu nak ke Terengganu, but since, we have to plan betul-betul, cuti, masa perjalanan, so we decided nak explore pulau-pulau area Johor sahaja. Search on the intenet, we came across Pulau Besar or dikenali sebagai Pulai Babi Besar. After doing a litte research, we found out, usually, pulau-pulau ni akan tutup for tourist after bulan October and bukak balik around Mac, April macam tu. So tinggal la date yang paling terdekat, hari hol Johor.
Macam mana nak ke Pulau Besar?
Pualau Besar ni actually, access from Mersing Harbour atau Pelabuhan Penumpang Mersing yang terletak betul-betul area bandar. Just waze nanti, insyaallah sampai la. kami bertolak pukul 9.30 pagi macam tu. Dari rumah kami, perjalanan mengambil masa 2 jam 30 minit. Bot bertolak dari jeti ke Pulau Besar around pukul 12/12.30. Sepatutnya kena keluar awal sebab nak beli tiket bot, nak kena settlekan urusan dengan Aseania and park kereta. Especially, kalau musim cuti, maka ramai orang, jadi mungkin akan sukarkan sikit proses pencarian tempat parking kereta dan tak kelam kabut semua. So, kt bawah ni bot yang kami naik. Lebih kurang muat untuk dua keluarga.
Beli tiket untuk boat transfer/Park kereta
Time sampai ke area Pelabuhan Mersing tu, memang ramai la orang and kita akan tercari-cari location untuk kita collect/purchase tiket bot, park kereta and tempat menunggu bot/jeti tu. Kena tahu dulu booth untuk resort kita tu sebab ada banyak sangat. Ada yang untuk ke Pulau Tioman, Pulau Rawa. Sebabkan dah terlambat sampai, my husband go to the jetty area untuk purchase tiket. Actually, if beli from resort itself, tiket untuk boat transfer tu dah included. But since kitaorang beli from Agoda, so kena asingkan duit untuk bayar bot transfer. Untuk harga bot transfer, around 90 macam tu for two ways. Kitaorang kena add on since waktu beli fom Agoda, tak keyin berapa ramai guest. So, kena tambah harga guest asing. Rasanya, untuk kami 5 beranak, herga boat transfer plus harga add on bed semua, dalam 600-700, Roughly. Seems forgetten dah.
Kalau untuk park kereta, awal-awal sampai, ada rela yang jaga untuk kita park. But then, dia suruh kami park ada area parking kereta awam. But, kitaorang tak prefer since mcm takde gated and rasa tak secure (our preference), so I was pusing around. Maka terjumpa la tempat parking kereta bersebelahan Jabatan Laut Mersing. RM 15/per day and tempat park dalam kawasan gated, berhampiran dengan jeti penumpang. Untuk 3 hari, we paid RM45. Sangat mudah, kawasan besar and rasa secure.
Aseania Beach Resort
Masyaallah, sangat cantik pantai dia. Aseania ni one of the oldest resort di Pulau Besar. Ada lagi resort yang baru, boleh check from google also. The best part of Aseania, dia punya spot tu sangat cantik and for us, the best spot untuk mandi-mandi and do tourist activities. The downside, the cleanliness of the room, but it can be improving. Maybe resort lama takde pengunjung due to covid. Staff pulak, sangat baik. rata-rata, memang ramah. Others, okay la kot. Kitaorang datang after PKP, jadinya takada buffet. Boleh check from kaunter, what is the menu of the day. Price wise and not so much choice but as usual, kalau kt pulau, of course harga double/a bit expensive. For us, untuk breakfast, kita tak ambik kecuali hari nak balik, sebab takut anak-anak lapar sebelum jumpa kedai makan kat area Mersing. Bawak la jajan/ air tin/ any food yang nak bawak sebab, time cuti ni biasa lapar je.
look at the view front the front of the hotel. Memang tak ada filter gambar ni
The view, masyaallah. memang the best. Memang heaven untuk anak-anak. Kena pulak, masa kitaorang sampai (late September), cuaca mendung/hujan but tak hujan. haa u guys boleh la imagine, mandi tengh hari, but tak kena sunburn (we also applied sunscreen, mind you). Best sangat cuaca. Tak terlampau terik and tak la hujan. Berbahang tu biasa la kan kalau stay area pantai ni. Activities, mostly memang mandi pantai and mandi kolam. Oh kami try jugak kayaking. Boleh pusing-pusing but then, dengan anak, risau jugak nak tinggal kan. Sudahnya, pusing-pusing area pantai depan resort je la. Itu pun dah best. Hahaha..
Activities around Pulau Besar
Biasa ramai yang sewa basikal untuk pusing-pusing area pulau, or trekking, hiking. Memandangkan dengan 3 orang anak kecik, kitaorang just sewa basikal (RM 10 per hour) and jalan-jalan sekitar pantai saja. Basikal sangat banyak, dont worry. Cuma kalau nak basikal yang fancy, ada raga untuk bayi, basikal best, memang kena chop awal. hehe.. untuk pengalaman jungle trekking/ hiking, tak dapat la nak cerita sebab kami tak join. But then, aktiviti kami ni penuh dengn acara mandi pantai, main pasir. Kanak-kanak mana la reti duduk diam. kejap-kejap ajak mandi, kejap-kejap pusing rumah. Aseania resort macam rumah kampung zaman dahulu, ada aircond, ada Tv, hot shower. Tv tu tak ada channel la ya, u guys kena rent thumbdrive then cucuk on your tv. Bayar deposit. After dah pulangkan thumbdrive, dapat la balik duit tu. hehehe..cerita pun yang biasa-biasa saja, boleh a hilangkan rasa boring anak-anak bila malam ni.
Overall, suka sangat bercuti kat Pulau Besar. Dah habis bercuti, tetiba kena lock down balik. Tak kemana la kita sambil tengok balik gambar-gambar ni. Bestnya tengok air yang jernih ni..
No comments:
Post a Comment