Showing posts with label kid's favorite menu. Show all posts
Showing posts with label kid's favorite menu. Show all posts

Tuesday, 17 May 2016

Resepi Ikan bawal masak santan

Macam rajin pulak upload resepi kan. Tapi yang ni, memang jadi kegemaran my father. Dulu, bapak yang selalu masak. Kalau tanya dia, resepi ni nama apa, ada la yang dia reka kan. So, kita bagi nama ikan bawal masak santan. Haha..tak glam langsung. Takpa laaa. Ni kalau untuk versi budak-budak, pun layankan jerla. Sebab sekarang, kena pikir jugak perut anak-anak kan. Kalau resepi ni, nak guna ikan kerisi ka or ikan apa-apa pun boleh. Tapi, my family biasa guna ikan bawal putih tu. Dalam gambar bawah ni, missing serai. Sebab dah habes. Guna ja bahan apa ada dalam rumah.





Bahan-bahan:
2 ekor ikan bawal putih
5 ulas bawang putih- dihiris halus
1 labu bawang besar-dihiris
1 batang serai- dihiris nipis
1 inci halia- dihiris nipis
4 biji cili padi
¼ kotak santan kara
Serbuk kunyit
Garam secukup rasa

Ikan bawal dilumurkan dengan kunyit dan garam, digoreng sehingga garing. Angkat dan tumiskan serai, bawang besar, bawang putih, halia dan cili padi. Bila dah naik bau, masukkan santan. Kalau agak pekat, boleh tambah air. Masukkan serbuk kunyit dan garam. Kacau sampai masak. Tutup api dan siram atas ikan bawal tadi.


Biasa kalau masak guna santan ni, tipsnya tak boleh tinggal dapur. Kalau tak, santan ni nampak macam pecah kan.  Kalau cili padi tu digoreng sekali, kuah ni akan rasa pedas sikit, tapi still boleh la kanak-kanak ni makan. Kalau tak goreng dulu cili padi tu, rasa cili padi tu macam tak hilang. Entah macam mana nak cakap entah. Haha. Lagi best kalau dia garing. Baru la layan sangat. 

Resepi Ayam masak sos tiram lada hitam versi kanak-kanak

Semenjak dua orang tu dah besar, every night mesti nak makan yang berat-berat. Kalau setakat roti, memang dua orang tu tak layan. Mesti nasi, mee, meehun tapi biasa makan nasi la. Kalau tak masak nanti, ada la yang bagitau nak makan nasi. Dah la pulak, dua ni nak makan sedap. Tapi, if its too pedas, mestila tak boleh nak makan. Haha..kadang tu, Ammar still insist nak makan, sambil mulut dah terpedas-pedas dah. Kalau Amna, memang tak layan western. Tekak dia kemain, nak makanan melayu ja. Roti, kek semua tak suka. 

Balik lab ja, mesti masak. Kalau malas, call la abah depa suh beli. Tapi kadang macam kesian kan, takkan hari-hari nak beli. Dah la banyak msg, macam tak bagus pulak untuk kanak-kanak ni. So haritu, tercuba try masak isi ayam masak sos tiram letak lada hitam. Amboi, kemain laju. Diaorang ni boleh makan 1 1/2 pot nasi. Erm sedap sangat tu. Haha..Tiga kali buat, tiga kali la resepi dia berbeza sebab selalu lupa letak apa. Haha..semalam ja buat, terus macam ok. This is it. Main campak-campak ja, tapi macam tersedap pulak. Haha..okla. Ni versi yang dah diupdate. Gambar yang terhidang elok macam tak sempat pulak bila dua orang tu asyik masuk dapur ajak makan. 







Bahan-bahan:

1 labu bawang besar sederhana - hiris nipis
1 inci halia - hiris halus
4 ulas bawang putih -tumbuk
200g isi ayam
2 tbs sos tiram-maggi
1ts lada hitam
1/2 ts air asam jawa -asam jawa adabi
air 
garam secukup rasa
kunyit - untuk warna
sayur kegemaran


Panaskan minyak, tumis bawang putih, halia dan bawang besar. Masukkan isi ayam, Biar sampai air ayam tu kering, Agak-agak dah separuh masak isi ayam, masukkan sedikit air. Cukup untuk buat kuah. Masukkan sos tiram, lada hitam dan sedikit asam jawa. Rasa kuah, kalau kurang masin, tambah garam. Masukkan serbuk kunyit. Biarkan sampai isi ayam masak and kuah agak pekat. Kalau ada sayur kegemaran, boleh masukkan sekali. Boleh la makan dengan nasi panas. 

Lauk macam ni, dengan mama pun layan. Kalau untuk mama, tambah cili padi banyak sikit, and masukkan semua sayur. Senang, sejenis masakan ja. Semua ada