Showing posts with label Johor interesting places. Show all posts
Showing posts with label Johor interesting places. Show all posts

Sunday, 6 June 2021

Pulau Besar, Mersing


Pulau Besar is one of the hidden gem.. silalah bercuti ke sana. Actually selepas dah habis PKP, we were excited la bila tengok ramai yang up gambar holiday. Mostly, ke pantai Terengganu. Kalau dah ramai yang bercuti, memang mostly tempat-tempat holiday tu, dah sold out ya. Memandangkan dah lama tak keluar rumah, excited la memasing nak tukar angin.  Niat tu nak ke Terengganu, but since, we have to plan betul-betul, cuti, masa perjalanan, so we decided nak explore pulau-pulau area Johor sahaja. Search on the intenet, we came across Pulau Besar or dikenali sebagai Pulai Babi Besar. After doing a litte research, we found out, usually, pulau-pulau ni akan tutup for tourist after bulan October and bukak balik around Mac, April macam tu. So tinggal la date yang paling terdekat, hari hol Johor. 

Macam mana nak ke Pulau Besar? 

Pualau Besar ni actually, access from Mersing Harbour atau Pelabuhan Penumpang Mersing yang terletak betul-betul area bandar. Just waze nanti, insyaallah sampai la. kami bertolak pukul 9.30 pagi macam tu. Dari rumah kami, perjalanan mengambil masa 2 jam 30 minit. Bot bertolak dari jeti ke Pulau Besar around pukul 12/12.30. Sepatutnya kena keluar awal sebab nak beli tiket bot, nak kena settlekan urusan dengan Aseania and park kereta. Especially, kalau musim cuti, maka ramai orang, jadi mungkin akan sukarkan sikit proses pencarian tempat parking kereta dan tak kelam kabut semua. So, kt bawah ni bot yang kami naik. Lebih kurang muat untuk dua keluarga.

 


Beli tiket untuk boat transfer/Park kereta

Time sampai ke area Pelabuhan Mersing tu, memang ramai la orang and kita akan tercari-cari location untuk kita collect/purchase tiket bot, park kereta and tempat menunggu bot/jeti tu. Kena tahu dulu booth untuk resort kita tu sebab ada banyak sangat. Ada yang untuk ke Pulau Tioman, Pulau Rawa. Sebabkan dah terlambat sampai, my husband go to the jetty area untuk purchase tiket. Actually, if beli from resort itself, tiket untuk boat transfer tu dah included. But since kitaorang beli from Agoda, so kena asingkan duit untuk bayar bot transfer. Untuk harga bot transfer, around 90 macam tu for two ways. Kitaorang kena add on since waktu beli fom Agoda, tak keyin berapa ramai guest. So, kena tambah harga guest asing. Rasanya, untuk kami 5 beranak, herga boat transfer plus harga add on bed semua, dalam 600-700, Roughly. Seems forgetten dah.

Kalau untuk park kereta, awal-awal sampai, ada rela yang jaga untuk kita park. But then, dia suruh kami park ada area parking kereta awam. But, kitaorang tak prefer since mcm takde gated and rasa tak secure (our preference), so I was pusing around. Maka terjumpa la tempat parking kereta bersebelahan Jabatan Laut Mersing. RM 15/per day and tempat park dalam kawasan gated, berhampiran dengan jeti penumpang. Untuk 3 hari, we paid RM45. Sangat mudah, kawasan besar and rasa secure. 

Aseania Beach Resort

Masyaallah, sangat cantik pantai dia. Aseania ni one of the oldest resort di Pulau Besar. Ada lagi resort yang baru, boleh check from google also. The best part of Aseania, dia punya spot tu sangat cantik and for us, the best spot untuk mandi-mandi and do tourist activities. The downside, the cleanliness of the room, but it can be improving. Maybe resort lama takde pengunjung due to covid. Staff pulak, sangat baik. rata-rata, memang ramah. Others, okay la kot. Kitaorang datang after PKP, jadinya takada buffet. Boleh check from kaunter, what is the menu of the day. Price wise and not so much choice but as usual, kalau kt pulau, of course harga double/a bit expensive. For us, untuk breakfast, kita tak ambik kecuali hari nak balik, sebab takut anak-anak lapar sebelum jumpa kedai makan kat area Mersing. Bawak la jajan/ air tin/ any food yang nak bawak sebab, time cuti ni biasa lapar je. 

                          

                                  look at the view front the front of the hotel. Memang tak ada filter gambar ni

  


The view, masyaallah. memang the best. Memang heaven untuk anak-anak. Kena pulak, masa kitaorang sampai (late September), cuaca mendung/hujan but tak hujan. haa u guys boleh la imagine, mandi tengh hari, but tak kena sunburn (we also applied sunscreen, mind you). Best sangat cuaca. Tak terlampau terik and tak la hujan. Berbahang tu biasa la kan kalau stay area pantai ni. Activities, mostly memang mandi pantai and mandi kolam. Oh kami try jugak kayaking. Boleh pusing-pusing but then, dengan anak, risau jugak nak tinggal kan. Sudahnya, pusing-pusing area pantai depan resort je la. Itu pun dah best. Hahaha..

Activities around Pulau Besar

Biasa ramai yang sewa basikal untuk pusing-pusing area pulau, or trekking, hiking. Memandangkan dengan 3 orang anak kecik, kitaorang just sewa basikal (RM 10 per hour) and jalan-jalan sekitar pantai saja. Basikal sangat banyak, dont worry. Cuma kalau nak basikal yang fancy, ada raga untuk bayi, basikal best, memang kena chop awal. hehe.. untuk pengalaman jungle trekking/ hiking, tak dapat la nak cerita sebab kami tak join. But then, aktiviti kami ni penuh dengn acara mandi pantai, main pasir. Kanak-kanak mana la reti duduk diam. kejap-kejap ajak mandi, kejap-kejap pusing rumah. Aseania resort macam rumah kampung zaman dahulu, ada aircond, ada Tv, hot shower. Tv tu tak ada channel la ya, u guys kena rent thumbdrive then cucuk on your tv. Bayar deposit. After dah pulangkan thumbdrive, dapat la balik duit tu. hehehe..cerita pun yang biasa-biasa saja, boleh a hilangkan rasa boring anak-anak bila malam ni.








Overall, suka sangat bercuti kat Pulau Besar. Dah habis bercuti, tetiba kena lock down balik. Tak kemana la kita sambil tengok balik gambar-gambar ni. Bestnya tengok air yang jernih ni..











Tuesday, 10 February 2015

Picnic

Plan untuk berpicnic memang dah lama sangat dalam list, tapi selalunya memang tak menjadi memandangkan mamanya malas nak prepare food. Haha..Because we were on tight budget, jadi memang tak ada la aktiviti melawat mall. Lebih kepada, bring Amna outside. Hari-hari terkurung dalam rumah, so hujung minggu memang wajib la bawa dia keluar.

On saturday morning last week, woke up and prepare nasi lemak, sambal bilis and sandwiches. Tugas husband pulak memang tolong mandi and siapkan anak-anak dia tu. So, off we go to Tanjung Balau.

Tanjung Balau is situated at Kota Tinggi district. It was 1hour drive from Jb through Senai-Desaru highway. Even namanya highway, tapi jalannya banyak juga yang rosak. maybe sebab tu laluan lori .We arrived around 1pm. Tanjung Balau is among the favourite spot for picnicking but on that day, macam tak ramai orang pulak.

Rupanya, it was too windy. Sampai ja situ, nampak tingginya ombak. I was freaked out. Semenjak kejadian tsunami, i think i am a bit frantic of the sea. Selalu pikir macam-macam sampaikan selalu mimpi pasal ombak kuat. 

Sebab kan memang dah sampai, bentang jugak la tikar dekat bawah pondok. Kuatnya angin sampaikan boleh terbang bantal tidur Amna. Makan pun memang tak feel sangat. Kena pegang macam-macam takut barang pun ikut terbang. Makan laju-laju, sambil berdoa tak de kejadian apa-apa pun. Ramai jugak yang mati lemas. Dari cerita penjual aiskrim (suami terlebih ramah. Interview pakcik jual aiskrim), last month je 3 orang mati. Inalillah.

Overall, ada la tandas awam (kena bayar tapi macam takde apa tindakan pun. Nak kata bersih tak jugak), tempat makan. Kedai kraftangan, muzium nelayan. chalet. And that day, ada kenduri kahwin and family day kot, sebab chalet penuh ja orang berpakaian sukan and pakai cantik-cantik macam nak p kenduri.haha..

Dah habes makan, ingatkan nak balik, But, i asked husband bawa pusing-pusing Desaru. Sebelah Tanjung Balau je rupanya, around 10 km. Disebabkan banyak sekolah, kolej, and hotel, Bandar Penawar ni macam membangun jugak. selalu dengar nama tapi tak pernah sampai. Rupanya, bandar Penawar ni memang dekat sangat dengan pantai Desaru.


We paid rm4 to enter pantai Desaru. I was oppressed la sebab macam pantai kot, kena bayar jugak. Lagipun nampak macam ombak tinggi macam tanjung balau (obviously, sebelah-sebelah je) boleh ke nak mandi.



Desaru


Amaran merah


Nampak banyak red flag, memang tak boleh la mandi-mandi. Tapi ramai jugak mat and minah salleh mandi. Diaorang suka la kot boleh surfing. Husband bawak Amna jalan dekat pantai. Ingatkan dia  just nak ambik gambar je. Malas nak join dengan si tembam ni and I was a bit scared of the waves. Hehe..So apaknya saja bawa. We bring her to the beach when she was 1 years old but she cried!Haha..Dia takut dengan ombak yang kena kaki kot.

So while husband was taking her photo, suddenly ombak kuat terkena la si budak kecik tu. Dia diam je. Husband pun diam tak nak takut kan dia kan. Tengok-tengok, suka sangat dengan pantai. Siap taknak balik. Sambil tunjuk nak main lagi pantai. So second trip, again apaknya bawa lagi main air. 

Seram jugak dengan ombak tu but i trust my husband. Haha..Amna duduk je kat gigi air tu. Bila ombak kuat, kena la sikit kaki dia. Jadilah dapat rasa main pantai sekejap. I think, my husband suka la tu sebab ada geng nak mandi pantai. Isterinya memang tak minat pantai. Posing tepi pantai, ha yang tu confirm I suka bang. Haha.. Dah tulis baru teringat. Tak sempat bagi si adik ni rasa main pasir. Hehe..Mamanya tak larat nak dukung lama-lama. Kakaknya main pantai, mama paksa si adik menyusu dalam kereta. Kahkahkah...tunggu la adik besar sikit, lepas ni boleh join abah and kakak ok sayang. Hehe..

So, nanti boleh la buat list lagi activities for weekends. Takkan nak melawat shopping mall aja. Memang koyak poket suamiku. hehe..


Thursday, 12 December 2013

Tanjung Piai

Last week, my family came for a visit. Memandangkan suami bekerja, so I take my parents to Tanjung Piai. It takes almost 53km from my house in JB to Tanjung Piai. 


The reason is because, I wanna step the southernmost tip of the asia mainland. Hehe..


It was situated in the national park Tanjung Piai. From there, you have to explore the park by walking.

The ticketing is rm5 for adult and rm3 for warga emas. It is a wild park so please take extra cautions. So many monkeys berkeliaran. We bring an umbrella because it was at noon. Kesian Amna takut dia demam. 

At the hall

Beautiful rainforest

The map of the park




Overall, it was like an exercise for us. Haha.. You can view the sea side and a great idea to bring children and teach them to take care of the nature.