Sunday, 6 June 2021

Pulau Besar, Mersing


Pulau Besar is one of the hidden gem.. silalah bercuti ke sana. Actually selepas dah habis PKP, we were excited la bila tengok ramai yang up gambar holiday. Mostly, ke pantai Terengganu. Kalau dah ramai yang bercuti, memang mostly tempat-tempat holiday tu, dah sold out ya. Memandangkan dah lama tak keluar rumah, excited la memasing nak tukar angin.  Niat tu nak ke Terengganu, but since, we have to plan betul-betul, cuti, masa perjalanan, so we decided nak explore pulau-pulau area Johor sahaja. Search on the intenet, we came across Pulau Besar or dikenali sebagai Pulai Babi Besar. After doing a litte research, we found out, usually, pulau-pulau ni akan tutup for tourist after bulan October and bukak balik around Mac, April macam tu. So tinggal la date yang paling terdekat, hari hol Johor. 

Macam mana nak ke Pulau Besar? 

Pualau Besar ni actually, access from Mersing Harbour atau Pelabuhan Penumpang Mersing yang terletak betul-betul area bandar. Just waze nanti, insyaallah sampai la. kami bertolak pukul 9.30 pagi macam tu. Dari rumah kami, perjalanan mengambil masa 2 jam 30 minit. Bot bertolak dari jeti ke Pulau Besar around pukul 12/12.30. Sepatutnya kena keluar awal sebab nak beli tiket bot, nak kena settlekan urusan dengan Aseania and park kereta. Especially, kalau musim cuti, maka ramai orang, jadi mungkin akan sukarkan sikit proses pencarian tempat parking kereta dan tak kelam kabut semua. So, kt bawah ni bot yang kami naik. Lebih kurang muat untuk dua keluarga.

 


Beli tiket untuk boat transfer/Park kereta

Time sampai ke area Pelabuhan Mersing tu, memang ramai la orang and kita akan tercari-cari location untuk kita collect/purchase tiket bot, park kereta and tempat menunggu bot/jeti tu. Kena tahu dulu booth untuk resort kita tu sebab ada banyak sangat. Ada yang untuk ke Pulau Tioman, Pulau Rawa. Sebabkan dah terlambat sampai, my husband go to the jetty area untuk purchase tiket. Actually, if beli from resort itself, tiket untuk boat transfer tu dah included. But since kitaorang beli from Agoda, so kena asingkan duit untuk bayar bot transfer. Untuk harga bot transfer, around 90 macam tu for two ways. Kitaorang kena add on since waktu beli fom Agoda, tak keyin berapa ramai guest. So, kena tambah harga guest asing. Rasanya, untuk kami 5 beranak, herga boat transfer plus harga add on bed semua, dalam 600-700, Roughly. Seems forgetten dah.

Kalau untuk park kereta, awal-awal sampai, ada rela yang jaga untuk kita park. But then, dia suruh kami park ada area parking kereta awam. But, kitaorang tak prefer since mcm takde gated and rasa tak secure (our preference), so I was pusing around. Maka terjumpa la tempat parking kereta bersebelahan Jabatan Laut Mersing. RM 15/per day and tempat park dalam kawasan gated, berhampiran dengan jeti penumpang. Untuk 3 hari, we paid RM45. Sangat mudah, kawasan besar and rasa secure. 

Aseania Beach Resort

Masyaallah, sangat cantik pantai dia. Aseania ni one of the oldest resort di Pulau Besar. Ada lagi resort yang baru, boleh check from google also. The best part of Aseania, dia punya spot tu sangat cantik and for us, the best spot untuk mandi-mandi and do tourist activities. The downside, the cleanliness of the room, but it can be improving. Maybe resort lama takde pengunjung due to covid. Staff pulak, sangat baik. rata-rata, memang ramah. Others, okay la kot. Kitaorang datang after PKP, jadinya takada buffet. Boleh check from kaunter, what is the menu of the day. Price wise and not so much choice but as usual, kalau kt pulau, of course harga double/a bit expensive. For us, untuk breakfast, kita tak ambik kecuali hari nak balik, sebab takut anak-anak lapar sebelum jumpa kedai makan kat area Mersing. Bawak la jajan/ air tin/ any food yang nak bawak sebab, time cuti ni biasa lapar je. 

                          

                                  look at the view front the front of the hotel. Memang tak ada filter gambar ni

  


The view, masyaallah. memang the best. Memang heaven untuk anak-anak. Kena pulak, masa kitaorang sampai (late September), cuaca mendung/hujan but tak hujan. haa u guys boleh la imagine, mandi tengh hari, but tak kena sunburn (we also applied sunscreen, mind you). Best sangat cuaca. Tak terlampau terik and tak la hujan. Berbahang tu biasa la kan kalau stay area pantai ni. Activities, mostly memang mandi pantai and mandi kolam. Oh kami try jugak kayaking. Boleh pusing-pusing but then, dengan anak, risau jugak nak tinggal kan. Sudahnya, pusing-pusing area pantai depan resort je la. Itu pun dah best. Hahaha..

Activities around Pulau Besar

Biasa ramai yang sewa basikal untuk pusing-pusing area pulau, or trekking, hiking. Memandangkan dengan 3 orang anak kecik, kitaorang just sewa basikal (RM 10 per hour) and jalan-jalan sekitar pantai saja. Basikal sangat banyak, dont worry. Cuma kalau nak basikal yang fancy, ada raga untuk bayi, basikal best, memang kena chop awal. hehe.. untuk pengalaman jungle trekking/ hiking, tak dapat la nak cerita sebab kami tak join. But then, aktiviti kami ni penuh dengn acara mandi pantai, main pasir. Kanak-kanak mana la reti duduk diam. kejap-kejap ajak mandi, kejap-kejap pusing rumah. Aseania resort macam rumah kampung zaman dahulu, ada aircond, ada Tv, hot shower. Tv tu tak ada channel la ya, u guys kena rent thumbdrive then cucuk on your tv. Bayar deposit. After dah pulangkan thumbdrive, dapat la balik duit tu. hehehe..cerita pun yang biasa-biasa saja, boleh a hilangkan rasa boring anak-anak bila malam ni.








Overall, suka sangat bercuti kat Pulau Besar. Dah habis bercuti, tetiba kena lock down balik. Tak kemana la kita sambil tengok balik gambar-gambar ni. Bestnya tengok air yang jernih ni..











Thursday, 3 June 2021

Kitchen hood brand Fotile

Lama sangat tak update, kita update dengan cerita pasal kitchen hood.

Almost 2 years dah pakai kitchen hood ni, baru rasa nak review. Since rumah kami ni ada open kitchen concept, kena pastikan pengudaraan rumah juga bagus supaya tadak la bau melekat-lekat dan asyik terhidu ja bau masakan. There were lots of brand. Kena tengok la yang jenis ada exhaust fan, or yang jenis perangkap minyak saja. Banyak sangat. Antara lain, kena tau jugak kekuatan sedutan hood tu.

Brand yang kami beli ni, brand Fotile. Harga within our budget, plus dengan dapur masak, dalam 2.5 - 3K macam tu. Kitchen hood ni, rasanya akan on everytime dapur on. Even kami just nak panaskan makanan ja. Sebelum ni, rasa tak penting pun tau. Tapi actually, ni antara benda penting. Especially, kalau rumah kecik. So far, memang berpuas hati sangat. Sedutan dia sangat bagus even kami punya ni, yg middle range dari segi sedutan (maaf, tak ingat sangat berapa kuasa sedutan dia). Kalau suami balik, dari depan dia tak boleh bau kita masak apa. Setakat sekarang, memang tak pernah lagi furniture kitaorg terlekat bau makanan. Pernah jugak panaskan wok lepas tu lupa. Asap berkepul kan. hahaha..but then, on ja kitchen hood ni, sekejap ja dia clear (kami pasang fan jugak kt belakang). 

Others than that, kena tau jugak. Selain asap, salah satu yang membuatkan kita pasang kitchen hood adalah untuk dia sedut minyak. Ramai yang hadapi masalah, bila tak pasang hood, lantai akan berminya. for sure la, masakan melayu ni memang kita akan tumis-tumis. akan ada la minyak yang melekat kt surface. So far, sepanjang 2 tahun ni, rasa alhamdulilah. lepas masak, tak mop lantai lagi pun tak melekit sangat. Kadang tak sempat nak bersihkan dapur betul-betul pun. Kalau dulu, kena mop dua tiga kali sehari especially lepas masak. Dari segi bunyi, yes kuat sikit. Tapi tak menganggu pun. Lagipun, fokus masak, tak sempat nak tgk tv ka dengar lagu. Hehe..

Bab maintance pun, sangat senang. Sebelum beli kitchen hood ni, memang tak penah terfikir bab maintanence. Most of the part boleh tanggal, cuci and pasang balik dengan sangat mudah. Bukan apa. Kalau part tu boleh tanggal dengan mudah, cepat la keja kita kan. Kebanyakkan part dia yang jenis besar-besar. Ada lebih kurang 3 part yang perlu cuci. So, setiap kali nak basuh, jarang la rasa terbeban. 

I suka sangat bentuk kitchen tempered glass dia. Bentuk 4 segi, biasa kan bentuk bulat. Kami punya hanya 2 tungku sebab dapur pun kecik. Awal tu sebenarnya nak beli Elba punya dapur yang jenis 4 segi tu. Sebab rasa macam best. memandangkan dapur pun kecik comel, kita cancelkan saja la.

Untuk siapa yang tengah cari brand untuk kitchen hood yang affordable, Fotile is a good brand. So far, 2 tahun pakai, alhamdulillah, masih berfungsi dengan baik. Memang recommended sangat.

Wednesday, 11 March 2020

Tadika Iman ELC

For almost 3 years kami hantar anak ke Tadika Iman kat JB ni, rasa macam nak share our own experience. Kami start hantar Amna since Amna 4 tahun, 2017 sampai la Amna 6 tahun, kat same branch. Firstly, kami tahu kewujudan Tadika Iman ni pun dari kawan. Memandangkan tadika yang kami nantikan belum bukak lagi di kawasan kami tinggal, so kami pun hantar la Amna mengikut suggestion kawan.

Yuran bagi tadika Iman sama macam any good reputable tadika yang ada nama. Which is, for pendaftaran kali pertama, required lots of money sebab including fee for bulan Jan dan bulan November. Rasanya, itu biasa la kan. We're talking bout full day punya class. Yang half day pun sama rasanya, cuma montly saja yang berbeza. Fee ni termasuk la baju dan sekian peralatan. For anak 5 dan 6 tahun, boleh repeat pakai baju yang sama saja.

Persekolahan. Okey. Ni macam biasa la. mana-mana tadika swasta, maybe akan beroperasi sama saja, from7.00 to 6 pm.

Kalau dari segi yuran, rasa sama saja la dengan tadika swasta yang lain. Tadika Iman ni dah beroperasi for more than 20 years, ini untuk salah satu branch. Jadi, ada branch yang baru and ada branch yang lama. From what we heard, usually parents yang hantar sini, memang dah aim untuk sekolahkan anak di Sekolah Al-Hidayah, salah satu sek agama yang bagus di JB ni. Rasanya, founder pun orang yang sama.

Kat sini medium perantara adalah bahasa melayu. Dari segi keagamaan, tadika Iman memang sangat bagus. Our kids, sampai umur 5 tahun, dah banyak surah yang boleh depa hafal. Around 12 atau lebih surah la yang betul-betul depa boleh hafal. Sekali dengan all the doas, and everything. This is the basic foundation for us. Anak kena hafal awal sebab surah-surah ni la yang kita akan praktik sampai besar. 6 years, memang dah solat kat sekolah, solat zohor and Asar. Bab agama, alhamdulillah, memang dah kenal dan sebagainya. Belajar jawi and everything. Especially, darjah 1 sek agama Johor, semuanya dalam jawi. Imagine kalau anak belum kenal, banyak la kita kena guide anak.

Kalau dari segi akademik, macam biasa. For our daughter, alhamdulilah, 6 tahun dah boleh baca dengan lancar. Kiranya, masuk 6 tahun, memang teacher dah suruh bawak balik buku cerita untuk baca kat rumah. Untuk anak yang 5 tahun, still lagi kena baca buku suku kata tu kan. Ini berlainan pulak dengan anak lelaki kami. This year dah 6 tahun. Masih lagi kami kena guide. Ya la. Ragam anak ni lain-lain kan. Overall, ok saja la perkembangan anak-anak ni. Bagusnya tadika Iman ni, setiap Khamis hari sains. macam-macam gadget(peralatan pembelajaran) yang depa bawa baik. rasa standard tadika nowadays la kan. Macam-macam belajar kat sekolah.

And tadika Iman bukannya exam oriented. means tak ada exam. Anak-anak belajar, bermain. Itu yang setiap 3 bulan, mesti ada parents teacher meeting untuk tahu perkembangan anak. Overall, anak kami nampak happy. Ada banyak permainan pembelajaran, main taman. Kiranya, bukannya rigid duduk dalam kelas dan belajar. Teachers banyak guna alat bantuan yang sangat menarik untuk anak-anak.

Every 3 months, biasanya akan ada perjumpaan parents teacher. So, kita boleh tahu perkembangan mental dan emosi anak, pembelajaran dan boleh la melawat sekolah anak kan. For us, sangat memadai untuk kami ambik tahu dan discuss dengan teacher.

Tadika Iman ni, usually setiap tahun akan ada hari sukan. Dia akan bahagi ikut zon utara, zon tengah dan zon selatan. Ada beberapa gabungan tadika dari zon selatan ni. Tahun 2017, hanya melibatkan anak-anak saja. Semenjak tahun 2018, parents pun join sekali. Macam sukaneka la. Main dengan anak-anak sekali. From baby, sampai anak dah besar, semua boleh join. Tadika Iman jugak ada banyak aktiviti menambah ilmu untuk parents. Selalu akan diberitahu awal dan free sebab dah include dalam fee awal tahun dulu.

Since kami pun dah pindah kawasan, kami tukarkan anak ke branch yang lagi dekat. So, start from that, banyak jugak yang rasanya nak kongsi ilmu dengan orang lain. Dulu, waktu nak cari tadika untuk Amna, merata cari review/kongsi pengalaman rakan lain. Sangat la susah. Jadi, terasa pulak nak kongsi kat blog. This is my personal opinion, mungkin jugak tak sama opinion kita kan. tapi, boleh la kongsi sama-sama.

Tips pilih tadika anak;

1) Tengok location
Kalau boleh, cari location yang senang dengan kita. Senang tu, dari segi masa ambik dan masa hantar. Kita nak spend time dengan anak jugak kan. Kalau jauh dan menyusahkan, cari la pilihan yang lagi baik. Kalau dah pilih taska yang kita nak walaupun sukar, kena bulatkan tekad.

2) Keadaan taska
We both prefer taska yang luas. Rumah corner lot atau rumah double storey or single storey tapi ada kawasan yang luas. Kami agak kurang gemar kalau taska hanya di lot rumah kedai bahagian atas (ini berdasarkan personal experience kami). Bagi kami, kawasan luas, anak-anak senang bergerak, ada tempat main, tak perlu nak bersempit-sempit dan paling penting, kawasan yang selamat. Ini sebabnya kami stick dengan taska yang sama hampir 3 tahun. Kawasan dia sangat luas. Kami pernah survey tempat lain, tapi rasa macam kurang sesuai untuk anak kami. Tau la. Anak lelaki. Lagi la ligat dia tu macam mana kan.

3) Modul pembelajaran/Teachers
Yang ni pun penting since asas kita hantar anak sekolah, sebolehnya untuk anak mengusai sesuatu kan. Kami tidakla terlalu strict dengan anak. Asalkan, anak kami boleh belajar dan happy, we were more than that. Anak boleh menguasai 3M tu dah cukup untuk kami. Selebihnya, kita usaha la kan.

4) Bilangan pelajar
Ok. Yang ni jadi point ke 4 dan menjadi comparable untuk kami bila anak kami berpindah cawangan. For us, anak lelaki kami lagi sesuai belajar dalam group yang kecik. Previous taska rasa macam ada lagi ramai anak-anak. Jadi, kita sedia maklum la. Kalau anak kita jenis required attention, mungkin kurang sesuai kerana teacher pun banyak benda nak kena buat. For us, new branch ni, nampak lagi tersusun dan kemas (kemas dari segi managing). Mula bila hantar anak ke tempat baru, kami takut kalau dia tak boleh catch up. For 3 months, alhamdulillah. nampak positive progress untuk anak kami.

4) Yuran
Kadar mahal atau murah sebenarnya, bergantung pada poket kita. Mampu bagi setiap orang tu tak sama. Jadinya, ukur la pada tahap kewangan kita. There were lots of tadika/taska out there. Mesti ada salah satu yang sesuai dengan kita, samaada yang kerajaan atau yang swasta, yang penting niat untuk kita bagi anak bergaul dan belajar tu tercapai. Jadi pilih la, baca dan banyak tanya dengan kwan-kawan untuk tahu kesesuai taska pilihan.  Rasanya, yang paling penting, bila kita melawat taska tu, kita akan rasa, keselesaan. Insyallah, anak kita pun akan selesa jugak.

Sekian la bebelan dah lama tak menulis.

Till then, bye.

Tuesday, 11 June 2019

kitchen cabinet


Since kami pun dah pindah, kiranya our kitchen cabinet ni dah hampir 90% la siap. 10% nya tentulah bahagian nak deco-deco kan. Banyak lagi nak kena beli sampai la jadi 95% macam dalam angan-angan diri sendiri. Haha..lagi 5% tu, dah siap pun mesti macam ada jugak yang kita ni orang perempuan nak buat kan. Ok la. Since dapur kami ni sangat comel, around 7 kaki x 12 kaki saja, jadi kena la pandai-pandai design supaya jadi menarik. Tambahan pula, kalau masuk rumah ja, mesti akan nampak dapur. Husband kalau boleh, dia nak buat partition sebab dia tak suka if masak, bau-bau tu boleh sampai depan. Tapi, kalau buat partition, rumah kami yang sedia sempit ni akan bertambah sempit la. Itu yang idea dia kena reject awal-awal. Haha..


Inspiration

 

 





Ok, my inspiration from gambar ni. Colour grey tu pun tak plan but since kami dah cat rumah colour grey, kami teruskan la pilih warna grey jugak untuk kemasan cabinet ni. What I love the most dalam gambar ni is the marble table top. Tapi, marble agak mahal kan. Untuk jimatkan cost, kena pilih jubin. My main concern, I don't like guna jubin yang kecik size 12 inci tu kan sebab takmau nampak too many kotak-kotak.

Lucky us, time tengah jalan nak cari lampu, tertiba tersinggah jubin BMS tu. Bila dah jalan-jalan, terjumpa la jubin corak marble-like, size besar, 4 kaki x 2 kaki. Which I really love. Sekeping dalam 80++. Size dapur kami kecik, so kami pakai lebih kurang 10 macam tu kot. tak ingat. Tak banyak la kena potong. except untuk letak sink and buat kemasan dia. Yang lain tu, memang guna sekeping terus. Actually, mahal la dari jubin biasa kot, (sebenarnya tak survey pun), tapi sebab kami dah calculate semua and it was hampir kepada my idea nak pakai marble, so boleh la diterima kan.


Tak ingat dah corak yang kiri ka tengah. But either one la. rasa macam yang tengah, sebab takmau banyak sangat corak



Ni progress semasa tengah buat table top.





Backsplah
I was so berkenan sangat dengan backsplash macam dalam gambar ni. Macm V sikit. Suka jugak dengan tiles subway tu, tapi rasa macam ramai sangat guna tiles tu, so I was planned nak guna macam gambar kat bawah. Time jalan-jalan beli table top tu, alang-alang, kami beli la sekali dengan backsplah. Jumpa la times bentuk v ni in grey. Tapi, bila dah siap pasang, rasa macam salah beli pulak because, senang minyak terperangkap lagi-lagi kalau masak sambal/kari. susah nak hilang. Penyudahnya, memang kami hadang dengan kertas/plastik tanak bagi dia melekat. Nangis..




Dari tangga. Nampak dah siap sikit kan.



Colour
Dalam pinterest tu, mostly save gambar warna grey/black/white. Tapi warna white ni, kena fikir banyak la kan. At least, berapa tahun baru boleh tukar KC ni. Jadinya, kena betul-betul rajin nak menjaga dia supaya colournya still maintain. So, lastly, sebab warna grey ni mendominasi warna rumah, jadi kami pilih grey jugak.  Design asal sebenarnya, nak yang paling simple, tapi nak kayu. Tanak bahan lain sebab kami ni tak pernah melawat gallery kan. Jadi, kalau tersalah pilih material,lama la kena tengok KC tu kan. Lagipun, kalau tetiba nak tukar kaler, boleh panggil contractor yang sama ni untuk dia datang cat. Haaa..dah jimat kt situ.


Ni gambar sebelum dia letak pintu. Sebenarnya, simple ja. Ruang banyak jugak, tapi macam tak praktikal sikit untuk kami. Untuk lampu yang bawah cabine tu, sampai sekarang ada satu dua yang tak menyala. Bila entah nak betulkan. 


Taktau la sama ke idak dengan inspiration tu. Tapi ni gambar time awal-awal pindah. Sekarang dah ada pertambahan cuckoo, and tak de ruang nak letak microwave. Yang tu pun, tak fikir lagi.


Okay. Kami rasa puas hati dengan contractor ni, or nama dia Azhar. Harga dia, taktau la. Kami rasa sangat murah la kot since kami tak survey pun around johor bahru ni kan. At least, kami dapat apa yang kami nak. Dia pulak jenis tak berkira. Ni semua, main tunjuk ja gambar kt pinterest, nak jenis macam mana. Dia yang buatkan. Dia ada suggest la nak pakai material macam tu macam ni, Tapi, kami ni bukan jenis adventorous sangat. takut jugak la tersalah pilih. Tau-tau, time dia pasang tu, dah siap. Cuma, kami cakap kalau boleh cabinet ni cover sampai ceilin supaya takde habuk atas tu. Itu yang, cabinet ni tinggi. kena panjat kerusi la nak mengemas. Ruang dia sangat banyak tapi ada jugak yang tak praktikal. Since dapur kami ni kecik, jadi sukar la nak design. 

Ok la. Penat nak mengarang. Lain kali pulak la nak taip kat sini. bye

Alhamdulillah..dah pindah rumah baru on 1 March 2019. Sebenarnya, tak sengaja pun nak pindah. Memang tak plan. Kebetulan, my parents datang JB nak tolong kami pack barang semua. Since renovation rumah pun dah siap, and kadang-kadang kami memang datang tidoq la semua, so, kami pun pindah jerla kan. Hahaha..my husband minta tolong contractor yang buat KC rumah kami untuk tolong since dia memang ada lori. SO, sehari la kami mengangkut, kebanyakkan tu, main pack gitu-gitu saja. Tapi, kami tak bagi kunci pun kt owner since ada lagi barang kecik-kecik yang tak move kan.

Ok la. Kita cerita pasal rumah ni la untuk kenang-kenangan. Nanti boleh baca balik, teringat la kisah rumah kecik kami ni kan. Alhamdulillah, rumah ni mengadap matahari. Dulu-dulu selalu dengar mak pesan, nak beli rumah, pilih la yang mengadap matahari. Of course la tak berapa nak faham and waktu pilih ni pun, kami main ambik ja lot mana pun. Because ianya kat kawasan baru, and tak terniat pulak nak tanya/tengok kawasan. Disebalik rumah mengadap matahari ialah, rumah kita ada natural light, tak dak la bergelap kena bukak lampu ja sepanjang masa, maka bil pun makin bertambah Sepanjang asyik melawat kawasan ni, rasa macam rumah ni alhamdulillah, tadak la gelap saja. Dah la rumah teres ni tak banyak tingkap.Rasa macam rimas kalau duduk dalam rumah bergelap ja.

1) Bahagian belakang rumah
Since we fork out the money from our saving, we have to financially planned everything. Supaya, all within the budget and, tak menjadi perkara yang sia-sia. So perkara pertama yang terlintas, grill rumah and tutupkan laundry  area. Laundry area ni sebelah dapur, which developer buatkan dinding with 'kotak' without any tingkap.

Dalam gambar kt bawah tu, gambar dari belakang, kami tukar pintu buat safety door. So, kami pilih untuk tambah tingkap for better air ventilation and cahaya. By now, mesti semua dah tau kan, kami suka rumah yang cerah-cerah. Hahaha,..Kami memang kena plan yang mana penting, yang kurang penting, yang boleh KIV or yang memang tak diperlukan dalam masa 2years and above. My main concern, if possible, buat dari atas baru la buat bahagian bawah like lantai or anything. Contohnya, nak buat wiring or ceiling. If dah pindah baru nak buat tu, memang masak la nak kemas, segala habuk-habuk semua kan. Ikutkan hati rasa macam nak tukar ja semua tingkap and pintu, tapi kita jangan tamak. Buat satu-satu dulu.



2) Wiring.
Biasa, developer memang dah bagi siap-siap kan. Husband ni, dia nak tambah beberapa point untuk water heater, plug point and lamp point. Semua tu, iols just sketch, bagi dia, then dia siapkan drawing. Tapiiii, ada juga yang dia bantai buat without wife consent. Lepastu, dia menyesal sorang-sorang. Hahahaha...pastu, dia memang dah pikiaq for future planning. Nak ada cctv la, auto gate. So, memang bab-bab wiring, dia yang setel.

3) Ceiling
Ok la. rumah ni kecik ja, jadi kami buat yang simple-simple. Kami pilih buat L-box saja and turunkan papan. Tingkat atas memang tadak pertambahan since memang dah ada ceiling kan. Esok-esok, kalau teringin nak buat cornice, lain cerita la pulak kan. yang dalam gambar ni, memang dari tingkap depan terus ke belakang. Mulanya, my husband tak suka open kitchen concept. me too la tak suka. Ya la. Ada masa kita bukan rajin sangat nak mengemas kan. Tapi, kalau buat dinding lagi bertambah la nampak sempit. If nak buat, maybe boleh guna kaca. Bagi yang tak buat lagi la kan. Some ideas la. But, me. I have planned nanti macam nak tambah rak kt atas bar tu. Nanti la kan. So, kita biar jer la macam tu.

Aactually, contractor yang buat rumah ni orang yang sama ja. For me, ok. Dia buat kerja kemas. Yang ni memang puji la. Awal-awal tu rajin, and sangat cepat. Harga tak mahal tak murah. Tapi, dia suka kita ja ikut idea dia. Kadang dia macam object sikit pendapat kita. Ada benda yang kita ikut, ada yang kita buat jugak. Towards dah habis kerjani ada jugak la yang dia buat tak berapa nak puas hati. So far, ok la. Kami dapat semua yang kami janji awal-awal dulu. Tapi, ada jugak jiran kami yang mengadu, dia buat tak habis even duit dah bayar semua.Yang penting, tulis/catit semua progress perjanjian, suruh contractor tulis dalam resit dia. Senang nanti kita boleh tunjuk bukti. . So, overall dapat la apa yang kami bincang, Just pintu store. OMG... i cannot brain pintu macam tu. Takpe la. Ada rezeki, memang nak tukar pintu stor tu. Kau sabajap k.






Okayla. Cukup yang ni dulu. Part kitchen tu, rasa macam kena buat another post kan. Till next post. Bye

Sunday, 16 December 2018

Real bubees review

Rasa macam nak review breastpump real bubees, just because I'm impressed. hahaha.. After nearly 4 years, dah banyak breastpump yang canggih-canggih and murah. Since there were a sale on 11.11, I was just browsing Lazada and encounter a breastpump for 39 something. Since, dah ada medela swing, I was planning to buy double pump. Tapi tanak yang mahal la sebab saja-saja nak beli kan. And I also have collective cup, so just nak cepatkan proses pump. I was so tired because it will take 1 hour just to pump. Dah la mak jenis cukup-cukup susu ja untuk anak. It was a hassle la for me. Rasa macam, hari-hari kat lab tu, kerja pam saja.

Size: The breastpump is small. Controller dia besar lebih kurang macam mouse laptop, just besar sikit ja dari mouse tu. It operate using usb, no replacebla battery. So, senang kalau nak travel. Boleh pakai power bank, or charger phone ja. Usually, I will cucuk dekat laptop and pump.
Cleaning process: Part dia banyak, besar-besar part dia. Haha.. i mean like, kalau medela swing tu, ada 3 part ja kan. Tapi, kalau nak mencuci tu, susah sebab kena pakai brush and banyak sangat celahan. Lama-lama akan ada mould kat celahan dia. So, nak mencuci tu hassle la. Yg real bubees ni, part dia senang tanggal. And pakai span basuh pinggan biasa pun dah ok. Yang ni, paling disukai la. Senang basuh, kurang la hassle dia kan
Sound: Other than that, the sound tu macam acceptable je la. Takde la kuat sangat and takde la senyap sangat. Dengar la kalau tengah pump tu kan.
Yielding: And yielding macam sama ja kalau guna pump biasa. Suction tu, tak la sakit sangat, adjustable. But for now, dah pakai almost sebulan lebih, rasa biasa ja kot. Cumanya, kalau swing tu, suction dia slow and tak la sakit for standart suction dia tu. And taktau la this one for heavy duty or not. But, for 40 ringgit, I guess it worth the money. The downside maybe, I dont know where to get the sparepart. Maybe, beli baru jer la kan. Overall, I guess, will repurchase it later if yang ni dah tak function dah. Best buy ever. Infact since dah ada real bubees ni, berapa kali ja guna swing tu. 

Small crib

Alhamdulillah. Finally, ada jugak rezeki nak beli rumah kecik untuk kami sekeluarga. Since anak pun dah masuk tiga, rasanya elokla kalau ada rumah sendiri kan. Mulanya nak tunggu isteri habis belajar, tapi pikir pulak, sampai bila. And kebetulan, rumah yang baru nak bina tu affordable and dekat area JB juga. So, after nearly 2 years and series of process, finally last August dapat la kunci. Ahamdulillah.

Ok. First dah dapat kunci, mula la sesi melawat rumah and check defect. Sadly, banyak gila defect and well, macam-macam la problem. Kiranya, project ni projek fast track. Memang ada good record la, meaning, if target 2 tahun, memang 2 tahun la dia siap kan. Tapi, sebabkan dia nak kejar dateline dia  tu, kerja pun macam gitu la. Crack banyak, bocor la. Banyak sangat sampaikan kami pun pasrah. Yerla. Our first house. Mungkin setakat ni rezeki kami. Akan datang siapa yang tahu kan. Baikla kita bersyukur and some people, ada yang belum sampai rezeki depa lagi. So, bersyukur jerla.Haha..

Kami memang tak rasa nak buat renovation besar-besaran pun. Just a simple and yang penting-penting saja. Even banyak jugak rasa nak complaint, tapi kami happy sebab waktu booking dulu, we asked for rumah depan taman. Berfikir banyak kali jugak la. Selain daripada nakkan privasi, kalau boleh, tak nak la buka tingkap bilik or lepak balkoni nampak terus jiran depan kan, we also think that, jalan between rumah takde la besar mana. Since keluasan rumah ni pun comel ja, for sure ada jiran yang akan parking depan rumah. Tak jiran, maybe kami sendiri. Agak susah kalau nak keluar masuk, tambah lagi, if family datang. Mana nak parking kan, macam ganggu jiran pulak.

Awal-awal site visit, pusing sana sini, then kami pun terjumpa la rumah no 9. Tapi peliknya, kenapa rumah tu tak mengadap taman tapi mengadap rumah endlot. Tak puas hati suami isteri. Rasa time tu jugak nak gi tanya office. If booking depan taman, we have to add some amount of money, mestila kita mahukan apa yang dah di agree kan. Jalan punya jalan, rupa-rupanyanya, tersalah lorong. Hahahaha..after pusing-pusing, baru jumpa rumah kami yang betul. Alhamdulillah. Kebetulan, lorong rumah kami, rumah penghujung ialah jalan mati. Yeay..kurang la orang lalu lalang kan. Tapi, pastilah meriah bila petang since depan taman. Amna and Ammar la orang paling seronok sekali. Yerla, sebelum ni rumah atas awan, maknya memang tak larat la kalau hari-hari nak teman main kat bawah. Main la dua orang tu dalam rumah yang kecik tu. hehehe...

Cerita pasal rumah, kita continue on next post pulak. Ala, cerita as kenang-kenangan. Bila baca balik, berbunga ja hati rasa. hehe..until next post.

Wednesday, 8 August 2018

Aysa Haniya birth story

Since I have free time during my confinement day, let me update the birth story of our 3rd baby. Since Amna dengan Ammar lahir awal dari due date, so I was kind expect the same thing with baby no 3. My due date was 14th June, which is the last day of puasa. So, hari ahad (3/6) I still came to the lab since I have pending work. Semua pun macam dah pelik, why am I still datang lab. Tapi haritu memang dah rasa macam sakit-sakit, in fact, dah rasa sakit-sakit ni since masuk bulan puasa kan. It's like acah-acah manja ja. I do record the contraction time, it was inconsistence so memang bukan betul-betul nak bersalin. Hari ahad tu memang rsa sakit lagi kuat than before. I called my husband, suruh dia bawa beg baju, masukkan a few things yang tak sempat masuk, bawa buku merah and asked him to put inside his car. Tapi sampai ke sudah, dia acah-acah main ja. Hahaha.. so isnin pun still datang lab, sebab hantar both of them to school. Hari isnin tu dah plan nak merayap dengan kawan-kawan esoknya since dah tengah hari, nanti rushing nak balik rumah, jammed orang balik kerja lagi.

So hari selasa, keluarla kitaorang merayap ke BBU nak cari tudung, and I wanted to buy baju raya baru dekat radiusite sebab tersalah beli baju Amna before, terbesar and kt radiusite je yang ada emerald colour for kids. My friends were joking, if it was happened to be that day, memang derang terus hantar g hospital jerla. Hahaha..so dah habis jalan dekat BBU tu, pusing jakel, ariani semua, dapat la beli tudung yang duk berkenan sangat. Balik lab around 3.30 sampai. Semua pun bergilir-gilir solat. So after solat, rasa penat sangat. Sementara tunggu nak solat asar then nak ambik budak2 tu, I was resting on chair. Time tu rsa macam ada discharge yang keluar. I thought it was only discharge la, tapi macam pelik rasa macam banyaknya. Sebabkan dah tak larat, i guess nanti baru nak p ambik wudhuk lain, ganti pantyliner ka apa kan, p la baring dekat tempat kami biasa solat tu. But,the water keep on coming, pegang kain dah basah. Terus bangun and tengok dah meleleh dah. Before, memang tak pernah keluar air ketuban, so macam panik and I did asked rohani if that was air ketuban. dah macam confirm air ketuban, terus call husband bagitau. Sebabkan takdela rasa sakit sangat,dia nak solat dulu.

Like pukul 5 dia sampai depan lab, terus g ambik amna and ammar. I keep on asking him, nak beranak dah ke.haha macam tak percaya and tetiba tak bersedia pulak. Singgah rumah sekejap, ambik baju depa (yes, i forget to pack their attires. ya Allah, macam mana ntah boleh lupa). My husband nak hantar ke hospital dulu then baru nak hantar anak. eh no no, rasanya untuk baby no 3 ni, mesti cepat. Mesti tak sampai pagi esok kan, jangan la buat pasal. dah la bulan puasa. HSI tu dekat je dengan our house like 15 -20 mins, but kalau dengan jammed semua, kang tak pepasal sejam lebih. Dia punya mengelabah, takut wife dia nak beranak sangat. Haha..this time memang bertekad la nak suh dia teman kan, so memang tak la nak lepas dia. hahaha..

Dah setel, we arrive HSI around 6.30. Daftar and terus g tempat saringan tu, there were 2 Chinese and 1 indian Dr, asking few questions. Time tu dia cakap only 3cm and membrane still intact, maybe tadi air ketuban tu tak fully pecah. But they positive yang I will deliver that day, not acah-acah manja semua. So dalam puku 7.30, nurse datang tanya if nak jumpa suami or nak makan.Bulan puasa kan, before tu pun berbuka dengan sebiji kurma and minum air je. Nak singgah bazar beli makanan pun takde mood, rasa nak beranak ja ni. Haha but seriously, kering bibir semua. Memang tawakkal la nak bersalin ni.

 After like 5 minutes camtu, dah rasa dah contraction yang tak boleh tahan tu. Kalini memang dah penah rasa, so tau la dah dekat nak bersalin. Just berdoa jala bukak cepat and tak lama sangat sakit. I told dr rasa macam nak b*rak dah. So they came check, it was 9 cm terus tolak ke labour room (mb 9?) dengan aircond tak pasang lagi. haha..maybe tak ramai sangat kot. So dah siap pasang, dr cakap dah boleh bersalin. Haih being me. time tu memang tak datang la contraction tu. hahaha..so nampak my husband masuk dlm bilik tu. Macam lega la tapi rasa macam tak peduli dah dia tu. haha..dia duduk hujung kepala, pegang sambil usap-usap kepala ja kot. haha tak ingat dah dia cakap apa. i think, dia pun blur sebab first time tengok isteri bersalin. After several push, keluar la Aysa Haniya. Alhamdulillah. the Dr so cute and baik sangat baik sangat-sangat. syukur. Rajin pulak dia sembang dengan patient after that. Tapi part kena jahit tu, ya Allah. rasanya antara ketiga-tiga, ini paling sakit. bahahaha..

Lepas ni, if due date time bulan puasa, tak pe la. maybe boleh ambik ruksah yang Allah bagi. seriously, i was so tired bibir semua kering. dehydrate tenaga pun macam kurang. maybe dah dekat-dekat nak bersalin, kita pun tak berselera sangat nak makan kan. so it's better la kalau dapat makan sikit. and kumpul tenaga. but, kalau ada hari yang boleh puasa, puasa jerla. so sekian la cerita bersalin Aysa.

Updated: After few days lahir, Aysa dapat jaundice la pulak. Paling tinggi berbanding kakak and abang. Nurse visit on the second day, suggest to checkup at KK HSI. Kalau dekat KK HSI, even ramai sangat orang, tapi procedure untuk jaundice ni cepat la. First reading dah 22. Terkejut mak nak. terus Dr warded sebab she was born not even 48 hours lagi, tapi dah tinggi. Siap kena naik ambulance, padahal KK and HSI tu on the same compound. We request untuk drive, tapi Dr suh jugak naik ambulance. Maybe ada parents yang taknak warded then depa tak p situ kot. So, me and husband sedih ja. Duduk dalam ambulance pun, dua-dua diam. Dah la nak raya kan. tetiba anak kena warded. We both macam pasrah la. If anything,kena tahan lama ka apa, we decide sampai dah clear, baru kami balik kluang. Tak kisah la if raya kt jb pun. Jb kluang pun dekat. tak rasa nak raya pun. All we can think is bout Aysa. I really can't look at her when she was warded at NICU. Everytime tinggal anak under that damn UV lamp, it feels so surreal. Kesiannya, she seem so small to be left there. The Dr explains that, if bacaan tak turun, maybe she had to undergo the process blood transfer. Last2, kami sign jugak paper consent tu untuk safety. Alhamdulillah, after 3 days, finally, she can come back home. Dan alhamdulillah jugak, jaundice Aysa ni not prolonged jaundice. It was clear in 3 weeks time.

Tuesday, 3 July 2018

Baby number 3

Currently, I'm in my 35th weeks. Rasa macam lamanya pregnant. Sometimes rasa macam tak sabar nak bersalin, sometimes rasa macam eh takut pulak nak masuk labour room kan. Dah 9 bulan mengandung, takkan la tanak keluarkan pulak. Hahaha

This pregnancy macam plan-unplanned. Both I might say. Last year memang tengah gigih g gym semua. If possible i wanted to shed some weight sebab memang plan nak baby 2018 macam tu. Dah dapat yang ketiga, mesti lagi susahhhh nak kurus balik kan. So at least, time pregnant tu, takde la melampau sangat berat naik. Actually, my husband was the one yang memang nak-nak-nak sangat. Haha..dia jugak la yang pujuk since katanya, umur dah meningkat, bila lagi nak tambah anak kan. Well, I'm on the other hand, macam okay jerla. Bila Allah nak bagi, terima jerla kan. But since dekat lab tu, dalam 2 orang tgh pregnant, perasaan nak baby tu meningkat la kan.

Sebelum tau pregnant tu, selalu rasa perut cramp. Perut cramp ni memang automatik time pregnant ja jadi tau. Time tak pregnant tak pernah pulak rasa cramp macam tu. That was the moment yang I was suspecting that I am pregnant. Lepas tu, tetiba rasa nak makan macam-macam, since I was on diet before, so takde la rasa macam betul kot prengnant. Hahahaa..husband siap cakap lagi, bini dia kalau mengidam macam-macam tapi tak pregnant, memang betul la sebebnaqnya bini dia kuat makan.

So I was late around 3-4 days, since I am the type yang memang punctual, so we wait for several days. Tapi, hati rasa nak check sangat. Yerla, kalau pregnant, kita teruskan jaga kan. Kalau tak, I was keen to go back to my gym routine.


Malas nak test guna pregnancy test yang biasa tu, terus beli clear blue sebab boleh tau berapa weeks  pregnant. I buy the test kit from nearby pharmacy then test kat rumah. Sementara nak tunggu husband balik tu, punya la rasa macam nak cakap je ''Sayang, I am pregnant''. Hahaha...sebab dia la yang paling teruja and excited sekali kan. I placed the test kit in the toilet sambil tunggu dia kat bilik. haha..well actually, kitaorg pun memang dah suspect kan, cuma tak confirm. So, dia dah keluar toilet, he was smiling and being him, cakap tahniah. macam yb dah laki aku ni. Bet that, gambar test kit ni pun dia yang beriya ambik tau. Siap dia la orang first yang duk heboh dekat his mom. 

First 3 months, macam biasa la, tak lalu makan, muntah-muntah and my weight drop. Ewah, time tak pregnant susah pulak nak turun berat. And tak suka langsung minum caffein sampaikan taktau dah nak minum air apa. AIr masak ja.maybe sebab tu kot senang turun berat. And syukur, sepanjang pregnancy ni, berat pun takde la naik mendadak and takde komplikasi. Test air gula pun semua okay.
Since my health semua okay, I was having cramp around my tummy literaly like, every night. Tanya Dr semua cakap, since nothing irregular, xde darah or anything, baby pun macam biasa, so I guess okay la kot. Maybe jarang kena cramp kaki, dia jadi macam cramp perut. And this baby, suka sangat mengeras.Ya Allah, nurse pun tegur, perut keras je. Hai la baby, buat apa la dalam tu kan.

Sunday, 6 May 2018

Ammar first school in 2018

Setahun sekali masuk blog, siap lupa nama blog. Haha..takpe la. Memang tulis blog sebab syok sendiri. Lepas tu baca balik, rasa macam best jugak ada blog ni. As a reminder for me. Yerla, usia dah meningkat ni, semua memory pun mana larat nak simpan secara details kan. Anyway, dah 2018 and this year, we will have another addition to the family. InsyaAllah. 

 I am in my 34weeks. My due date will be on 14th June which is maybe on first syawal. But lately, macam dah rasa sakit sengal-sengal. And I am having cramp starting dari awal- awal pregnant sampai sekarang. So tak dapat la nak differentiate between false alarm or bebetul punya. Hopefully, baby bertahan la at least until 37weeks.



Okey la. Sebab dah lama sangat tak ketuk keyboard ni, so cerita first, maybe cerita pasal anak-anak. Haha.. because, anak-anak ni besarnya sekejap je kan. And sometimes, ada kenangan yang kita maybe akan lupa, so boleh la recall baik.

First things first, my baby hero dah start sekolah. Same with her sister. Since, kakak memang dah biasa dengan sekolah tu, we thought that, ok la. Masukkan je la kat sekolah sama. First day g sekolah, yes he is soooo excited! Bangun awal, memang tak  nangis la, siap semua muka happy. Kakak memang tak payah drama la kan, sebabnya dia memang g sekolah je hari-hari. hahhaa..mamanya bukan cikgu pun nak ikut bercuti kan. So, first day of 2018 tu macam takde apa la bg kakak.





As usual, datang lambat. Kahkahkah..rasanya, amna and ammar up till this day, memang tak pernah datang awal. wuhuuuu...Me and my husband naik dua kereta la sebab after that, he's going straight to his office while i'm going to the lab. So, abahnya lambat sebab nak buang sampah etc, tak dapat la hantar diaorang sekali. On the registration table, they took their name tag. And then terus teacher bawa masuk kelas. Amna takde apa la kan. See Ammar mula-mula macam happy, lepastu nampak la dia asyik cari mama. Nak keluar kelas la apa la. Hahaha..and mama pulak yang rasa sebak because they grow up really fast! walaupun hari-hari ada je marah-marah anak, tapi time macam ni rasa macam alahai, mana anak mama busyuk-busyuk tu. Hahahaha..


Dah petang, bila ambik ja Ammar, he was crying. Hahaha..and tetiba ja cakap, ammar sayang mama..siap jerit-jerit la happy tengok mama. Second day, third day, okey memang drama habis. Muka sebek, nangis, tanak g sekolah, mama kena dukung. Wow, banyak ok drama ammar. hahhaha..teacher cakap, dia selalu nak cari kakak. tanya kakak ada tak. nasib kakak sebeah kelas je. Ada jugak hari yang dia nak ikut kakak je. Hahahha..tapi, i can see that, ammar ni macam pak lawak sikit kat sekola, Very manja dengan sorang teacher baru, teacher husna. since tacher tu  maybe part time ja, manjanya tu terlebih. ikut ja mana teacher husna dia g. hahhhaha..Tapi alhamdulillah, now dah okay. Ada la drama dia malas nak g sekolah, nak stay lama-lama dengan mama. dah biasa dengan sekolah dia. that's why la kot.

Wednesday, 30 August 2017

First day at school

Well, hello blog! You've been neglected for sooo long. Actually, banyak benda menarik nak cerita. And I miss telling my story. Since, one of the main reason that I make a blog is to write freely and telling my story, so here is one.

Amna goinh to school!! Been thinking to enroll her to a class since August last year (which is a year before..hahha), so I keep on searching for the best school. Sekolah dekat dengan rumah semuanya mahal, tak mampu student(mak Amna) nak bayar. Lagipun, we want an Islamic based kindergarden. Others tu memang banyak la. Tapi kena pikir location wise and so on. My friend had send her daughter to that Iman ELC nearby. So, hearing from her, we decide to send Amna there, since I need to be at the lab as early as possibel. Ye la, dah second year kan, takkan nak memain lagi. At least, g awal boleh la banyak kerja sikit dapat siap kan. hahaha..

But, before that, during December, dah g sekolah and paid for her registration and so on. Tadika nowadays mahal kan. huhuhu..but it was include Nov's fee, so agak banyak jugak la. Be prepared for next year registration pulak. alahai, abah. hahhaa

happy lagi kat rumah


Her first day at school? We're late. Hahaa..and I really don't know if there were taklimat for parents ke apa. Sian kami. sampai-sampai je, ada teacher bring her inside. Mama and abah watch from afar. She was happy! ambai-lambai semua. Ok la. Nampak mula-mula tu macam diam, tak kenal kawan lagi. Tengok kawan main, dia pun main. Diam ja tak cakap. Tapi, kalau panggil, dia toleh and senyum lebarrrr. Guess, she was okay afterall! The entire day, asyik fikirkan Amna either she was okay or crying or not. Even when we bid goodbye, she seems okay. But deep down inside, I know that she's okay je. Awkward memula tapi lepas tu mesti dia okay ja. Oh lupa, before tu dia ada kena ada ntah kat dagu, lepas tu garu-garu, terus berdarah and jadi kudis. Berparut sampai sekarang, nasib baik dah kurang sikit. Tapi, tu la. Dalam gambar nampak macam ada apa je kat dagu dia tu. Haha


siap boleh peace lagi, kira okay la tu kan


So, it was 5pm. We go there and pick her up. The moment she saw us, she was crying!! Hahhaa..siap tanya kenapa mama tinggal Amna. Alahai, sian Amna. Balik tu, singgah jusco jap bagi dia bertenang. Beli roti boy kesukaan dia and rasanya, what she want, she will have that day! hahahaha...nasib baik tak mintak mahal-mahal. Second day, she a bit reluctant la, nangis sikit tapi okay ja nak g school.
But the third day, demam. Hahaha..so tak sampai hati nak bagi dia g sekolah. Tinggal la dia kat rumah ibu. Tapi, dah warning esok kena pergi sekolah. Yerla, kang tanak g dah lepas tu, lagi haru.

Overall, after that, she seem okay ja. Infact,sampai sekarang tak pernah lagi dia buat perangai tanak g sekolah. Sekali dua tu, ada la bila dia dah lama sangat kat rumah. Or when she fall sick, we let her stay at home. Yerla, baru 4 tahun. We're not planning to go hard on her, just that, hopefully she;ll gain much la kat sekolah. For us, bila Amna dah 4 tahun, nampak yang dia dah start nak belajar benda baru. I admit that, kalau kat rumah tu, mana sempat nak mengajar dia sangat. Kt rumah pengasuh kita pun faham, nak jaga budak lagi, nak ajar lagi, mesti la tak dapat sangat nak fokus kan. So, at least dah enroll sekolah tu boleh la dia jumpa kawan baru, experience new things. Sedikit sebanyak dapat jugak la kan.


first day at school vid


singgah jusco dulu

Monday, 22 August 2016

Bahagia

Lately, terbaca banyak sangat status orang yang bercerai. Be it, orang yang famous, or orang yang tak kenai or orang terdekat. Bila baca kisah rumah tangga orang, selalu berbincang ngan husband. Apa yang buatkan rumah tangga depa sampai macam tu. Kita tengok, elok ja duk upload sana sini, tau-tau, eh dah tak sebumbung. Kalau yang famous tu lagi la kesian kan, semua orang macam nak ambik tau pulak kisah dia.  Kadang-kadang terpikiaq jugak, apa la yang kita cari sebenaqnya dalam hidup ni. Lagi pulak, duk terbaca confession kat ***m tu. Perempuan bujang marah perempuan dah kahwin la. Yang kahwin bagi nasihat la. Rasa macam, haih macam-macam la.

For me, bahagia tu sendiri yang rasa. Bukannya terletak kat mata orang pun. Ada yang cakap, untung la ada suami, anak-anak. Tapi, ingat hari-hari nak masak, basuh baju jaga anak tu, ada hari tak tension?hahaha..kadang, time masak pun pikiaq benda lain. Bila tengok kawan yang tak kahwin lagi p jalan sana, jalan sini, rasa macam best nya. Hakikatnya, kalau asyik nak compare hidup kita dengan hidup orang, memang hari-hari rasa stress. Sebab tu, kita kena cipta bahagia kita sendiri. Kita yang rasa, bukan orang lain pun. Masing-masing pun nak rasa gembira.

Dalam otak kita ni, macam-macam yang kita plan. Semua yang best-best jerla kan. Sapa nak berangan benda tak bestkan. Tapi, kita ni selalu lupa, kita plan, Allah jugak plan. Tapi perancangan Allah sebenaqnya lagi sempurna. Bila belum sampai masa tu, kita kena berdoa. Dan dalam konteks hubungan suami- isteri ni, kita yang harus buat the best. Betul, kita taktau masa depan kita kan. Harini orang tengok, amboi puji bukan main suami dia kan (dah tu, takkan nak puji laki orang pulak. haha) esok-esok kita tak tau apa akan jadi kan. Kalau tengok suami tolong buat kerja, rasa macam alahai bertuah la ada laki yang sanggup tolong ringankan beban, jaga anak. Bangun tengah malam pun tadak la marah-marah. He's not perfect tapi Allah dah bagi elok la tu.

Kalau ikutkan, I am so ego. kalau dulu sebelum kahwin, 3 hari bergaduh 3 hari tak bercakap. Lagi pulak, dia ni bukan stail nak pujuk teruk-teruk. Dia pujuk lepas tu tak jalan, dia biaq jerla. Orang pompuan ni (eh aku la, haha) dah pujuk pun cakap, awak tu tak pujuk sayaaa. Haha..penah sekali kami gaduh, pasai apa ntah, memang selalu gaduh tu yang tak ingat gaduh pasai apa. time study. lepas tu masing-masing keluar dengan geng tak habaq pun nak p mana. sebab hari-hari, bf tolong beli makanan. hari tu dah gaduh, tepaksa la beli sendiri kan. tengah-tengah pilih lauk, sekali terlanggar mamat sebelah. Tapi mamat sebelah ni khsuyuk ok pilih lauk. Dia ni, mau makanan ngan gf pun, dia pilih makanan dulu. Iolls tengok ja dia kot-kot dia yang sengaja langgar iollls kan. Rupanya dak. dia tak perasan pun. hahahhaha..tepaksa la iolls baik balik dengan dia. hahaha

sama la macam sekarang ni, elak la egaduh lama-lama. Rumah pun kecik, nak merajuk naik atas tak boleh. P mai p mai, jumpa muka dia jugak. tapi biasa, sebelum tidoq I will tell him apa yang tak puas hati, sebab apa gaduh. and kalau dia bagi feedback, dia tak suka apa kan, kena belapang dada, walaupun sakitnyyaaa laki kami marah kami. hahha...kami kalau begaduh memang elak la gaduh depan anak kan. Haritu, ada tecakap dekat amna, abah tak sayang mama pun. Husband iols marah, dia cakap nanti amna p bagitau orang haaa..hahhaa..since that day, takut la nak cakap pelik-pelik kan. Anak dah pandai cakap ni bahaya. Haritu, dia pura-pura jadi mama call abah. Hello sayang..depan nenek pulak. nasib tak garang-garang sebab iolls dengar nenek cakap, ni mesti dengar mama ngan abah dia ni. hahahha malu iolls. L

 Kita ni, kalau tak boleh jadi supermom macam mak-mak lain, takpa la. Tak perlu pun appreciation orang lain. Buat la sekadar mampu, kalau tak boleh minta la tolong suami atau sapa-sapa ja. Kadan bila kita tak suarakan, suami tak tolong mula la kita salahkan suami sebab tadak perasaan.Lagi satu, jangan la comparekan hidup kita dengan orang. Yakin la apa yang Allah bagi ni perfect aturannya. Sebab kita syik tengok orang la hidup kita stress sini sana kan. Tambah-tambah sekarang zaman socmed kan. Ni bukan cakap orang, cakap pada diri sendiri. Selalu la terpikiaq pasal orang. Jadi, kalau nak betulkan hati, kena selalu istigfar. Jangan jadi riak, jangan ada perasaan nak berlawan-lawan. Sebab kita taktau masa depan kita. Apa yang kita ada la kita kena usahakan. I mean, kadang kita rasa, oh kalau aku ada ... mesti best kan. Salah sebenarnya. Kalau pun kita tak dapat lagi, kita usahakan untuk jadi best dengan apa yang kita ada. Barula hidup kita gembira and ceria. sekian bebelan dari pembacaan hari-hari.




Tuesday, 12 July 2016

Baju raya

So this year giliran my husband. Dekat je kan, so kami balik Kluang on Monday. Sebabnya I don't have baju raya yang matchy-matchy dengan suami. Kesahnya, tahun ni memang tema 'in the shades of orange'. hahaha..Susah jugak klu dah beli baju melayu suami ni. kami p Jakel sehari sebelum puasa sebab kalau boleh nak settle baju raya semua la kononya. Selalu beli kt Gulatis sebab erm senang kot. Haha..so this year, tukar la p beli kt Jakel. Suami ku ni jenis tadak la hipster ka apa. janji dia selesa. lagipun, biasa dia akan guna pakai baju melayu p solat jemaah. So bebaloi la kan beli every year. Dalam banyak-banyak baju melayu, dia tak penah pakai baju nikah and sanding. maluu katanya..hurm..

Ok so dah sampai Jakel, konon nak tiru warna saree Kajol pakai dalam Dilwale. Kira, husband pakai warna brown/earth/ gold, wife pun lebih kurang kaler tu la kan. Tapi Jakel ni tak masuk lagi yang Awal punya. So size pun banyak dah habes. last-last iolls rembat warna oren. For me, lawa la. Maklum la iolls kan suka warna-warna sikit. Yg dull2 ni rsa mcm tak kena dengan jiwa. Kesahnya, nak matchy dengan ammar ni, susah laaaa.. So naik atas, husband cakap ambik la baju scha n lara tu kan. Bila try, rasa macam tadak chemistry. I don't feel it bebeh. Entah. Rasa macam sayangnyaa..harga mahal tp macam ta menarik. Kita kan pakai tudung so manik-manik dia tu around leher and lengan baju. Nampak kosong kat bawah and a bit expensive. Tapi kain dia macam best Warna dark blue for me dah ok la. Baju amna pun ada.baju my husband and ammar pun ada. kira complete warna seragam la.

Nasib iols mengikut kata hati. Hahaha..raya personally for me, pakai baju cantik-cantik baru raya. Sorry la ni bukan tak bersyukur ke apa. I am not a person yang everymonth beli baju kurung. Sebab bukan kerja office. Jarang beli baju tradisional ni kan, so I'll make sure, setiap kali raya, will invest kat baju yang menarik di pandangan i. Barula rasa raya tu gempak. Hahahaha.. Betul la. Raya ni, bestnya zaman kecik. Lepas tu rasa biasa-biasa ja asalkan beraya dengan family. Jumpa kawan-kawan. Bila dah kahwin, excited nak sambut dengan suami. lepas tu, ada anak, baru la start rasa best balik sebb tengok gelagat anak-anak kan. melayan kerenah depa dua. For me, every year tentunya nak pakai baju baru la. Hahahaha..Dia macam semangat kalau pakai baju baru kan. My mother selalu cakap, tengok barang cantik ni macam terapi. haa gitu..

But you know what, somehow i selalu rasa yang, actually semua ni Allah dah tentukan. Jodoh dengan baju ni one of it la. Taktau kenapa. Selalu rasa macam, insyaallah, Allah akan bagi apa yang sesuai dengan kita. Contohnya, my baju is so last minute. Habes pusing dah tapi tak jumpa jugak yang bekenan di hati. memang dah pasrah la, kalau tak dapat sama baju dengan husband pun kira redha la pakai kaler peach or buy from yg famous amos ramai orang beli tu. I bukan tak suka sama dengan orang. Ok ja. Tapi kalau dapat yang a bit diff, suka lagi kot. Mana la tau, p beraya rumah sedara sekali sama baju. Tak ke malu iolls nanti. Kahkah..dah la sebelah husband banyak sepupu perempuan.

Hari sabtu tu, ajak la husband p vendeville kt jalan raja nong chik tu. Konon macam maybe banyak pilihan kan. Tapi, masuk situ pun susah nak jumpa kaler oren. ada sehelai yang bekenan tapi harga mahainya. baik beli baju mimpikita idaman iolls tu. Bila nak balik tu, lalu depan boutique twenty2. Terdetik la nak buka ig shopat22. Sekali ternampak baju kaler orange yang matchy dengan husband. ada bulu-bulu pulak tu. iolss mengidam bulu-bulu lepas tengok baju vivy time akikah mariam tu. Lawanyaaa..ingt nak belikan untuk Amna. Maklum la kang mak pakai nampak macam ayam pulak.  terus hari Ahad tu ajak husband pegi lagi kt area jalan nong chik tu.


Risau jugak kot tak muat ke apa kan.So bila dah try, baru la rasa, haa yang ni tau. Mulanya, my husband gelakkan, dia cakap macam bulu kuda. whatever...tak kesah. janji i suka.haha... I percayala yang jodoh dengan baju ni memang ditentukan oleh Allah. (over gila..hahha) Tu la kisahnyaaa..eh panjang pulak. Kata nak cerita pasal raya. Hurm yang tu next entry laaa. Hahahhahaa... Ok baju Amna pun sama. Tengah bukak-bukak ig nana af kot, dia ada promote ig cintakita. Yang tu untuk mak budak. Lawanyaaa kain dia ada pearl warna cream. Tapi sebab iolls nak kaler oren, tak jadi la. Usha-usha sekali bekenan baju kurung tuk amna. terus watsapp tanya, terus bayar. Ha senang. Tak kesah la tak sama kaler pun. Janji i suka. hahahaha..

gambar paling perfect.hurm sila la abaikn bilik tu.


suka sangat leila kurung on her

habes raya boleh pakai dengan seluar



can't move on dengan baju raya sendiri.haha..
rasa macam, ramai pulak yang jadikan orange as their theme ni. 
barula boleh iolls bangga dengan suami.hahah..

Sunday, 29 May 2016

Dua beradik





Awal-awal dulu, orang selalu tanya. Kakak takde ke buli adik. And I will always answer, setakat ni belum lagi. Tetiba ja, dia cakap. Eh doa ka anak jadi macam tu. Hahaha.. Sebenarnya, I am the type yang realistik. Come on, mana ada siblings yang tak bergaduh kan. Lagipun, tengah membesar ni, dia belum faham concept sharing is caring or whatever. Lagipun, maybe Amna pun baru setahun lebih so dia pun taktau kot tu adik dia. Dah besar ni, lain pulak cerita kan.

Seronok jugak tau kadang-kadang bila tengok depa dua gaduh. Hahaha..kalau hal-hal kecik, biasa I'll let them sort out. Tapi kalau sampai bertepuk-tampar tu, maknya kena masuk campur la. Lagipun, erm takkan sampai besar u want ur kids lepaskan apa saja demi orang lain kan. I want them to know, sometimes they need to learn how to let it go or just protect themself. Pertahankan hak dia and learn to stand on their value.

Penat jugak jadi hakim ni. Selalunya, kami ni takkan pakai konsep yang besar kena mengalah. Kesian la kakak, asyik-asyik dia kena mengalah. We don't want her to grow up, to give up on everything. Konsepnya, sapa pegang/hak dia dulu, orang tu la yang lebih berhak. So, they have to take it or leave it or worst case, menangis berguling-guling (oh my boy). Ala dua ni pun pandai, kadang dah tengok adik/kakak punya lagi best, cepat-cepat dia pun nak sama.



suka tengok kucing






Dah besar ni, alhamdulillah dah boleh main sama-sama. Bahagia tau tengok depa dua. Bebunga-bunga hati mama. Hahahaha..Kadang nanti dengar Amna ajak adik main. Nanti adik cakap 'Jom". Haha comel gila. Penah sekali tu, Amna ajak Ammar tumpang basikal dia. Adik pulak mata tepaku tengok Upin-Ipin. Sekali bila adik naik, kakak dia turun sebab nak adjust tempat duduk. Lepas tu, adik terus pecut guna basikal dia. Menangis-nangis la kakak. Lawak gila. Hahaha..Dah la beriya dia ajak adik tumpang, sekali adik dia pecut tak tengok dah kakak dia. Time ni, memang bedekah gelak dengan husband. 

Ada jugak bad times bila gaduh-gaduh tu. Amna jenis takdak la dia tampar ke apa. Paling-paling pun, dia nangis kuat-kuat sambil marah adik. Lepas tu dia akan sebut 'bek' macam cerkah tu. Haha taktau la mana dia dapat. Tapi si kecik tu, suka tarik rambut. Haiii..takpun, dia ambik benda dia baling. Kalau kita marah, nanti dia macam nak tunjuk protest, terus angkat kerusi bagi terbalik. lepas tu, tengok reaksi kita. Mama tahannnn ja dalam hati tau dik. Lepas tu, boleh pulak dia gelak-gelak or buat taktau ja macam tadak perasaan.

Depa dua ni, macam siblings biasa la. Ada hari, main sama-sama 5minit, ada hari begaduhhh. Lepas tu, elok pulak main sama-sama. But I know, depa ni memang sayang la masing-masing. Kalau time kakak tidoq, adik dia akan p main sebelah kakak. Kalau adik tidoq, nanti kakak pulak cari-cari mana adik dia. Benda gaduh-gaduh ni biasa la. Masing-masing nak besar. Tak payah la nak tension sangat kan. Kadang-kadang, kalau tengok anak yang baik saja tu, rasa macam nak p mintak tips pulak. Haha...