Friday 16 October 2015

shattered screen

Seeing my phone's screen, my heart shattered. Sedih la sebab kena keluarkan duit nak kena ganti. Kalau nak beli phone, of course la nak iphone jugak. mengada kan. hehe..Suka sebab gambar dia cantik and lain-lain la of course. Tapi, tau la harga dia dengan currency yang herm lagu tu. So, daripada membaziaq, tukar jerla screen tu kan.

The first time, my screen got vertical lines. Like, it appears 3 black lines. After a while, the line became more and more and my screen became less sensitive. Dah la that time, i can't access because phone ada password. Dah tu, nombor tu dah jadi kurang sensitive. Macam-macam dah try nak resolve. Tak berjaya jugak. Decide nak beli phone baru jerla sebab ingat phone tu yang rosak. 

Tengah pusing-pusing dekat jusco tebrau tu, masuk machine. Niat di hati memang nak beli phone baru. Tapi, consider too many things, rasa macam berat jugak la kan. Lagi pulak, I'm not to keen on the new ip6 design. I love my ip5. Tengok ip5s around 2400, yang ip6 27++. Pikir lagi. Sebab husband cakap, kena beli sendiri supaya lagi appreciate (yg 5 ni dia hadiahkan. banyak kali anak dia baling kot, sebab tu buat syarat gitu -___-) lagi la semangat nak membeli tu kurang kan. Hahahaha... penat nak save duit. Dah la tu, Ammar pulak tengah stage yang syok baling-baling barang. Menangis la mama kalau dia baling lagi.

Keluar dulu sebab nak pikiaq-pikiaq lagi. sekali tengah jalan, tenampak kedai repair phone. Bila tanya, he charge 230+ and boleh siap dalam masa 1/2 hour. Ha terus repair. sebab save dari kena keluar lagi banyak duit. haha..yeayy, elok la dapat balik. lepas tu, time raya, si Ammar ni mengamuk apa ntah, dia baling lagi. Oh, sedih hati mama. Herm, tukar lagi. Dah tukar, dia baling lagi. Tapi sebab tak teruk sangat, ada dua tiga garis, kita hold dulu. Last night terjatuh lagi. Tengok-tengok, kembali ada vertical line tu. Pening nak baca msg watsapp semua.

P la kedai tu lagi. Last time, dia charge 200. This time, katanya harga dah naik jadi 290. memang tak dapat la nak mintak kurang. Hurm sedih jugak la sebab over budget kan. haha..tapi sampai harini, seram ok kalau tengok ja Ammar pegang phone, terus melompat ambik. Hahahaha..bagus jugak. So mama sentiasa la beringat dengan dia kan. mengamuk pun mengamuk la dik, asal phone mama tak crack lagi.

Monday 5 October 2015

Raya

Macam biasa. Mesti versi tertinggal kapal terbang. Haha...takpa la. Takyah cerita raya puasa. Fast forward raya haji jerla kan. Disebabkan raya puasa dah kat Perlis, so this time raya haji turn Kluang. Lagipun, raya haji cuti sehari ja kan. Tak adil betul. 

Selalu kat Kluang, rasanya jarang meraya sakan. all boys lagi la kan. Lagipun, abah jadi ajk masjid. So dia uruskan pasal korban sampai petang baru dia balik. kat rumah, mak biasa masak jerla kan tengah hari tu. Macam kurang meriah la berbanding raya haji kat Perlis. hehehe..

This year, I though macam nak bagi jer budak dua orang ni merasa. Raya ke tak raya memang belakang kira. Hehe..because the first time we celebrate at Kluang, I dont even change into raya's outfit. Just wear my kain batik and tshirt. Ahahaha..so, this time, I let them wear baju melayu and baju kurung. Baju kurung recycle raya puasa punya. Ammar ja yang dapat baju melayu baru because time raya puasa yang lepas, maktok belikan sepasang baju melayu kat Ammar and another maktok tolong jahit. Nak tunggu dia pakai time raya tahun depan, entah-entah tak muat. Mama paksa ja Ammar pakai. Haha..

baju raya baru


Tetiba tahun ni,kami kena hantar berkat (or something yang orang jawa panggil.hehe) sebab mak pengasuh husband nak tengok ammar and amna. Dapat la kitaorang beraya and both kiddo merasa la berjalan-jalan kan. Siap makan raya dishes lagi. Ayam masak merah, ketupat and yang macam biasa tu kan. Sedapnyaaa.. Hurm, since Ammar can now walk, lagi la ligat si Ammar ni berjalan. Penat mengejar dia ni. Tak boleh mama duduk diam-diam makan kuih raya.-_-. Malam pulak, ada bbq sambut birthday nenek. Ha best. tapi biasa la kan. mana nak sempat pegang phone. So, kita tepek gambar raya puasa kat Perlis la haritu. Hahaha..



the only decent family photo


with my baby girl

Cuti kat Kluang, dapat la makan makanan favourite husband. Kalau balik Kluang, memang tak payah diet.Erm selalu pun tak diet kan. So takpayah nak buat cerita. Haha..
Dia kan, pagi ja nak makan nasi lemak manis/ breakfast kedai lontong wak kasim. Sedap la makan dengan ayam rendang. Lepas tu, kadang dia nak makan kat kedai tomyam fahmi. Or makan nasi ujang. So far, the best yang kami makan kat Kluang la setakat ni. Petang sabtu pulak, selalu gi pasar malam beli rojak buah dia. Memang sedap laaa. 



Thursday 1 October 2015

Starting off

25th August 2015, I was registered as a PHD student.
It's a big and tough decision. i know.
To some, it may be not, but it does matter to me.
With a mommy and wife on my list, I need to be stronger and can juggling between these 3 roles. Hopes Allah mudah kan everything.  Insyaallah.




In the hall, waiting for registration. Haii new students. Haha..

My little ammar

Wow..dah masuk bulan 10. HAHA..rasa macam lama gila tak update blog. Rajin-rajin boleh tengok balik apa yang jadi zaman dulu. Dah makin matang ni rasa macam malas pulak semua benda nak kena simpan dalam memori! Pemalas sangat.

Macam boleh bilang dengan jari ja berapa banyak duk cerita pasal Ammar ni kan. Herm meh la mama cerita pasal my little boyfriend ni. Dah nak masuk 14 bulan dah budak ni. Alhamdulillah. Dah star bejalan since 13 bulan. Which is lepas cukup ja setahun, dia dah start bejalan satu rumah. Last week raya haji, nenek belikan selipar and kasut untuk cucu-cucu dia ni sebab lupa bawa balik kasut. Takde kasut memang susah la dua orang tu. Mana nak tawaf rumah nenek kan. Rumah nenek and atok ada ayam. Seronok la pagi-pagi tengok ayam.Lepas tu, rumah nenek ni dah kat hujung jalan mati. So memang seronok nak main, tapi biasa main dalam pagar ja.

Time raya puasa haritu, siap beli dua pasang kasut. Tapi, budak ni isi kaki tebal hoi. Muat-muat ja. Tu size 4 dah. Serupa time kakak umur 16 bulan.Boleh pakai sekejap la nampaknya.Huhu..Since dua tiga hari ni, Ammar dah berlatih pakai selipar naik turun tangga. Nampak macam dah teror dah. Setiap kali keluar rumah, dah macam ayam tecabut ekor. Dan-dan takmau dukung. Nak turun tangga sendiri pulak tu. Pitam mak!

Ammar ni macam sweet heart sangat. Hari-hari cakap ngan dia, ammar, sayang mama cepat. Nanti dia mesti bagi sloppy kiss. Comel sangat. Penuh ayaq liuq. Hahaha kadang-kadang siap dua tiga kali nak kiss. Huhu..boleh la adik. Suka sangat buat muka comel Kalau dia suka dapat apa-apa, nanti dia akan senyum sengih nampak gigi sampai sepet mata. Geram betul. Tapi time merajuk ni, boleh tahan sangat. Dia kalau minta apa tak dapt, memang terus rebah badan atas lantai. Lepas tu, nangis-nagis. Huwaaaa..mama yang stress.Kadang-kadang, main dengan kakak, tak dapat benda yang kakak pegang, selamba ja tarik rambut kakak. Muka steady macam tak besalah.


Lepas tu, pagi-pagi ja, mesti ada adengan dia teriak sampai nak pengsan. Sobsob.. Ammar ni kalau dia tinggal kita takpa. Tapi, kalau kita tinggal dia, tak nampak muka ja, dia boleh teriak tu sampai lembik-lembik badan. Padahal, lepas tu kita dukung ok ja. Manja sangat! Pagi tadi pun dia tengok kakak dia pakai kasut and abah dia keluar tak bawa dia. Menangis keluar ayaq mata macam sedih sangat. Teruih moody budak ni. Bagi makan tak kena, minum susu tak kena, tengok tv tak kena. Huwaaa stress. Tapi lepas tu, dah dapat keluar rumah, bukan main laju lagi bejalan. Terus mood pun ok, kaki bejalan. Budak baru dapat kaki. Memang nak bejalan jerlaaa..

Disebabkan dia tumbuh gigi awal, 9 bulan, awal la sebab kakak dia 11 bulan baru nak keluar gigi atas tu. So, dia lagi cepat la mengigit. Sakit!! banyak kali dah cakap, dia tetap buat. Lawak kot mama dia duk marah-marah. Memang silap la mama terjerit awal-awal tu, because i didn't expect that. Since that day, rasa macam seronok kot mama dia tejerit-jerit. And dia ni macam extreme sangat kalau bf. Macam-macam gaya dah dia try agaknya. Adventurous compare to his sis time umur macam ni. But maybe, she is a girl. So sopan sikit la kan. But both ni my sweetheart. Patut la orang cakap, kita takkan tau makna sayang ikhlas sampai la ada anak sendiri.

hurm, lipstick mama penuh satu muka -__-