Tuesday 17 May 2016

Resepi Ayam masak sos tiram lada hitam versi kanak-kanak

Semenjak dua orang tu dah besar, every night mesti nak makan yang berat-berat. Kalau setakat roti, memang dua orang tu tak layan. Mesti nasi, mee, meehun tapi biasa makan nasi la. Kalau tak masak nanti, ada la yang bagitau nak makan nasi. Dah la pulak, dua ni nak makan sedap. Tapi, if its too pedas, mestila tak boleh nak makan. Haha..kadang tu, Ammar still insist nak makan, sambil mulut dah terpedas-pedas dah. Kalau Amna, memang tak layan western. Tekak dia kemain, nak makanan melayu ja. Roti, kek semua tak suka. 

Balik lab ja, mesti masak. Kalau malas, call la abah depa suh beli. Tapi kadang macam kesian kan, takkan hari-hari nak beli. Dah la banyak msg, macam tak bagus pulak untuk kanak-kanak ni. So haritu, tercuba try masak isi ayam masak sos tiram letak lada hitam. Amboi, kemain laju. Diaorang ni boleh makan 1 1/2 pot nasi. Erm sedap sangat tu. Haha..Tiga kali buat, tiga kali la resepi dia berbeza sebab selalu lupa letak apa. Haha..semalam ja buat, terus macam ok. This is it. Main campak-campak ja, tapi macam tersedap pulak. Haha..okla. Ni versi yang dah diupdate. Gambar yang terhidang elok macam tak sempat pulak bila dua orang tu asyik masuk dapur ajak makan. 







Bahan-bahan:

1 labu bawang besar sederhana - hiris nipis
1 inci halia - hiris halus
4 ulas bawang putih -tumbuk
200g isi ayam
2 tbs sos tiram-maggi
1ts lada hitam
1/2 ts air asam jawa -asam jawa adabi
air 
garam secukup rasa
kunyit - untuk warna
sayur kegemaran


Panaskan minyak, tumis bawang putih, halia dan bawang besar. Masukkan isi ayam, Biar sampai air ayam tu kering, Agak-agak dah separuh masak isi ayam, masukkan sedikit air. Cukup untuk buat kuah. Masukkan sos tiram, lada hitam dan sedikit asam jawa. Rasa kuah, kalau kurang masin, tambah garam. Masukkan serbuk kunyit. Biarkan sampai isi ayam masak and kuah agak pekat. Kalau ada sayur kegemaran, boleh masukkan sekali. Boleh la makan dengan nasi panas. 

Lauk macam ni, dengan mama pun layan. Kalau untuk mama, tambah cili padi banyak sikit, and masukkan semua sayur. Senang, sejenis masakan ja. Semua ada

No comments:

Post a Comment