Wednesday 18 May 2016

Mendidik anak-anak

Tanggung jawab jadi parents ni sangat la besar and ia juga boleh jadi satu peringatan untuk kita-kita ni. Bila anak lahir ja, semua parents inginkan benda yang sama. Anak yang bijak, baik akhlak hormat orang tua pendek kata semua yang baik-baik saja. Bila anak makin membesar, kita kan sentiasa reflect ourself. Contohnya, kalau kita buat macam ni, anak ikut ke tak, semua memang kena pikir. Lagi-lagi bab agama. I have to admit that I need to learn so much bout my religion. Bukan sekadar cukup sembahyang, mengaji saja. Kadang tu pun macam malas-malas nak buat kan. Alhamdulillah, I have my husband by my side. Sebab dia yang akan selalu ingatkan isteri untuk selalu buat kebaikan. 

Semalam, I am too tired. Hajat hati nak la tidur awal kan tambah pulak, penat masak la kemas rumah semua. Time kami nak berjemaah tu, Amna tiba-tiba cakap dia nak pakai telekung macam mama. Mak dia macam, ala takyah la (cakap pelan ja_ but my husband heard it, dia cakap eh tak baik sayang. Biarla dia nak ikut jemaah sekali. Pang..hahaha macam kena tamparan pulak. Yorla mak dia macam malas nak layan. orang nak solat cepat dia pulak macam-macam hal kan. Haha..abahnya memang rajin layankan dua orang ni. Dia ambil sejadah bentangkan and bagi Ammar kopiah and Amna telekung.

Amna boleh la recite al-fatihah tapi still kita kena guide jugak, she can sambung ayat macam tu. I think, berkat juga dia selalu menyendeng dekat apaknya time apaknya solat. And selalu apaknya akan baca kuat sikit, so dia boleh dengar. One day, I was so busy preparing breakfast. My husband solat dhuha. So, dengar macam suara Ammar sorang ja tengah main. tau-tau tengok dalam bilik, Amna tengah berjemaah dengan abahnya. Time tu rasa macam wah dah besar anak mama. Memang dia ikut betul, takde la dia gi depan main ngan adik sambung pulak ka. Sampaila abahnya habes solat. Dia ajarkan anak dia doa solat dhuha tu. I was like, impressive. Budak-budak kalau tengah minat jangan la kita pulak duk halang-halang kan.

Itu yang issue orang cakap jangan biar budak kacau kalau kita tengah solat, I wasn't happy with that. In my honest opinion, let them be. I'll let my kids tengok kita solat. Since diaorang baby lagi, bila nak solat, I will bentang kan tilam dia kat sebelah and letak dia. Purposely untuk tak bagi dia cari-cari mak dia kan. Tapi at the same times, nak dia belajar untuk solat. Takde la cerita pasal agama terus rasa baik kan. Takde la. Niatnya, nak berkongsi dan it was like my turning point. II try to be better because I know, they'll watch and learn. Kalau sendiri pun tak betul, macam mana kan. Slowly insyaAllah we'l improve our self. My husband selalu cakap, macam mana nak suruh anak mengaji quran kalau time maqrib mak tengok cita korea (it was me back then) hahaa..so slowly, turn off tv and baca quran sama-sama. Erm more like, fighting over quran. Haha..Ammar ni dia ada obses dengan quran. Hari-hari dia akan ambik kerusi, panjat almari and ambik quran. Bawak gi depan selak-selak quran. Itu yang selalu berebut dengan dia sampai kadang kita yang kena mengalah sebab dia dah berguling-guling atas lantai dah  -_- 

I hope, my kids will learn the good things and not the bad things. I'll pray that, I'm always istiqamah sebab kita pun taktau apa amalan yang Allah terima sepanjang kita hidup ni kan. Betapa takutnya kalau pikir bab kematian ni. Hurm insaf pulak. Yerla, sempena nak Ramadhan dah kan. Semoga bertambah iman kita.

2 comments: