Wednesday 10 February 2016

Tanjung Resang, Mersing

Krismas last year, plan asalnya, kami nak balik Perlis. Tapi, tetiba pulak kereta kena langgar. langgar lari pulak tu, geram ja dengar. So, last-last, join my mil's punya family day. Best tau. Lama sangat tak gather-gather. Depa selalu ja, tapi kami ni, susah la sebab tadak cuti hari ahad. Siap cik mimi ni, smpai 3 tahun kot tak jumpa. Dasyat sangat tapi sebab turn raya kami tak sama, so tu yang lama kot.

Semua urusan book chalet semua depa urus, so kami 4 orang ni lenggang kangkung jerla. Haha..
Dari JB to Tanjung Resang ni around 2 jam setengah jugak, maybe la kami singgah merata. Biasa la, kalau ada anak ni, kena kenyangkan perut dia dulu, lepas tu, depa syok tidoq dalam kereta, barula parents depa pun syok jugak. haha...




Kami ni sampai tersesat-sesat jumpa Penyabong, lebih kurang 18km la dari chalet tu. Pakai waze pun tak jumpa jugak. At last, pakai google map, so jumpa la Sri Jentayu Chalet. Kebanyakkan chalet kat Tanjung Resang tu macam private properties. Ada yang tuan tanah buat, ada yang pelabur nampak potensi tempat tu, then dia pun buat chalet kan. Macam-macam la. So, tempat kami ni kepunyaan cikgu Pah, bekas cikgu English. Sri Jentayu Chalet ni betul-betul depan pantai, and ada pagar keliling. So, kalau tutup pagar, budak-budak ni bebas lari sana-sini kan.



the view of the sea from the chalet


Ada 5 buah rumah ja kot. Tak besar sangat, ada dapur/dining, tempat solat. Rasanya, memang konsepnya sapa nak buat family day kecik-kecik, boleh la kan. Ni pun, anak-anak sedara, semua nak tidoq dalam khemah. Yang rumah kami duduk tu, satu bilik katil queen, satu lagi katil single. The condition is not tip-top, tapi kalau dia jaga maintenance, mesti elok sikit kot.

So aktiviti kat sini, biasa la memang mandi pantai jerla. memang khas untuk budak-budak pun. Orang tua, duduk diam-diam borak gosip sudah la. Haha..So hari Sabtu tu, pagi lagi mengikut mak-mak sedara p beli bahan nak masak. Kat sini, konsepnya, masak sendiri. So bahan pun bawa sendiri. Tapi, kedai-kedai kat sini, tak jumpa pulak kedai besar macam kat lot kedai tu, banyaknya, orang-orang kampung meniaga depan rumah. Siap ada kedai, tak bagi beli gula lebih dari sebungkus. Haha..Nak senang, beli la dekat pekan Mersing, 30 minit before sampai sini. Tapi, kebanyakkan memang fresh. Seafood tu dah tentu la, sebab dekat ja dengan jeti penyabong tu kan. Ni ayam pu, kami p rumah orang, then pilih ayam, dia sembelih and bersihkan siap-siap. Ha, syok kan. Hahaha..

My dear Amna
Dah petang hari jumaat tu, barula ada sukaneka untuk budak-budak. Yang besar-besar ni, tukang jerit gelak ja. Lepas tu, jaga anak-anak kecik. Main isi ayaq dalam botol la, tiup belon sampai pecah. Sian budak-budak tu, belon mahal, lambat weh nak pecah. haha. siap ada orang ayah tolong tiup pun, tak pecah-pecah. Naik tension budak tu. Siap menangis lagi. Last baru pecah. haha..Penutupnya, acara lumba lari ke pantai. Reverse ke belakang. Lepas tu, boleh mandi pantai. hehe..

Amna dengan nenek and pakcik sedara (yang kecik tu.haha)

Tiup belon mahal

Then malam ada buat bbq. Then upacara penyampaian hadiah. Ala, hadiah untuk seronok-seronok ja. Semua bagi hadiah. Menang tak menang, semua dapat la kiranya. Amna la seronok, semua mak-mak sedara sporting, layan dia baik kan. Banyak kali bangun ambik hadiah. Kami pun dapat towel n bantal kekabu. Yang bestnya sesekali join event macam ni, dapat la eratkan silatulrahim kan. Bukan senang nak jumpa. I really hope, Amna senang bergaul dengan sepupu-sepupu, mak sedara. Surprisingly, Amna memang jenis suka berkawan. Siap dia taknak makan dengan kami sebab nak ikut kakak-kakak main khemah, tengok video. Walaupun tak kenal pun. Memang tak peduli mama and abah. Hurm, tapi nak tidor cari abah dia jugak la. Haha..Ammar tu, biasa la. Memang berjalan ja keja dia. Sebab pasir dia pasri halus ja, so tak la takut dia jatuh ka apa. Yang bahaya-bahaya ja la nak kena jaga.

Tengok, excited dapat hadiah

Padahal, dia tak join pun. AHaha

Dapat lagi, alhamdulillah. rezeki

Habes la percutian yang singkat kat Mersing, maybe next time boleh datang dengan my family pulak. Nampaknya, depa dua ni memang suka mandi pantai. So like abah. HAHA..paling seronok, mesti aktiviti pantai kan. Ammar mandi sampai tak nak naik la. Gigil-gigil kesejukan. Haha..Next time, boleh la kami p lagi bawa dua orang tu. 


 Till then, bye
Us while odw balik



No comments:

Post a Comment